Sunday 25 June 2023

Saya tak beli emas tunggu harga Emas Murah



 “Saya menunggu harga emas terendah”

Ini antara jawapan salah seorang pelanggan saya apabila saya bercerita tentang emas.

.

Selalunya apabila dapat jawapan ini saya akan bertanya satu sahaja soalan dan jawapan kepada persoalan itu saya sudah agak dan pasti. Soalannya begini,

“Berapa harga terendah itu”

Ini antara soalan itu dan jawapannya adalah,

“Entah”

“Tak pasti”

“Tak tahu”

Ini antara bentuk soalan & jawapan yang saya sudah tahu jawapannya.

Kenapa?

Sebab, 

Pertama, orang yang ada Ilmu tentang emas, mereka tidak tunggu harga rendah, terendah dan sangat rendah. Fokus pertama mereka adalah GRAM bukan RM.  Jika harga rendah, itu adalah peluang bukannya bencana atau kesulitan bagi mereka.๐Ÿ˜Š

Kedua, orang yang ada ilmu tentang emas, mereka faham satu perkara iaitu Nilai emas tidak akan menjadi kosong atau zero. Emas bukan barangan sembarangan. Emas adalah logam yang bernilai. Buktinya emas disebut-sebut dalam AlQuran & Hadis.

Ketiga, orang yang ada ilmu tentang emas, mereka meletakkan belian pertama sebagai benchmark atau penanda aras dalam menyimpan emas. Contohnya berapa harga emas pergram pada permulaan belian. 

Jika kita mulakan sekitar RM280 segram emas :

a) Jika harga turun dibawah RM280 segram, itu bermaksud harga yang kita mulakan adalah harga yang tinggi. Jadi ambil peluang untuk tambah emas bila harga rendah.

b) Jika harga naik melebihi RM280 segram, itu bermaksud harga yang kita mulakan itu sudah rendah. Walaupun bukan paras sangat rendah, tetapi kita pernah miliki harga kategori rendah.

Jadi benchmark itu sangat penting ๐Ÿ˜Š

Saya sudah berikan 3 jawapan saya dan saya harap dengan perkongsian ini dapat membuka minda kita semua untuk menerima hakikat bahawa, emas adalah sesuai untuk simpanan jangkamasa panjang.

Moga bermanfaat ya.

Daftar PG bit.ly/registrationpublicgold

Daftar QM bit.ly/freeregisterqm

Daftar Tokey Emas Orodesign bit.ly/3CzyBOl

Lihat Katalog Orodesign 

 https://bit.ly/3MUc1Vg

No comments:

Post a Comment

Boss Bank pun join Quantum Metal memang terbaik

 Jika boss RHB, Bank Muamalat Dan Affin Bank sendiri dah join QM, apa yg nak dikatakan lagi. Nak join? Tekan link ini untuk Pendaftaran Perc...