Saturday 20 August 2011

Cara Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar pembaca sekalian? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat berpuasa. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kebahagian kepada anda semua. Amin.
Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda bagaimana memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Ini merupakan soalan favourite yang selalu saya terima sepanjang memberikan seminar pelaburan emas.

Pelaburan emas melalui barang kemas.

Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.
kedai emas 2 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:
1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.

Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya icon smile Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)

Makin banyak makin ceria icon smile Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
2. Kelebihan dari segi zakat emas
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal

ar rahnu Agrobank 295x390 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
mami jarum 01 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.
5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

10years Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!

Kelemahan barang kemas.

Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
** Catatan :
Bagi Pembeli dan pengedar GCP Susut nilai untuk barang kemas adalah antara 10%-20% sahaja untuk barang kemas
manakala penguna PG susut nilai adalah lebih tinggi bagi barang kemas dan lebihrendah untuk emas BAR/JONGKONG
Beza susut nilai BARANG KEMAS GCP (Dealer & Customer) VS PG (publicjewellery)
Rantai Tangan(P)10g RM: 196.15/g RM: 166.73/g  *Harga pelanggan sebelum Diskaun 2% – 4%
RANTAI TANGAN (PASIR) 10g RM: 180.46/g RM: 171.44/g * Harga Dealer
PG Sell PG Buy
RM180.95 RM148.38
Updated on 10/08/11 1:40 PM  (Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
Beza susut nilai GCP (Dealer & Customer) VS PG (publicjewellery)
Gold Bar GCP 10g RM: 1950/pc RM: 1650/  *Harga pelanggan sebelum Diskaun 2% – 4%
Gold Bar GCP 10g RM: 1790/pc RM: 1700/pc *Harga Dealer GCP

PG Sell PG Buy
10 gram RM 1,870.00 RM 1,720.00
**susut nilai PG adalah sangat rendah bg emas BAR/Jongkong tetapi Dealer dan pengguna GCP dapat membeli emas dengan harga yang lebih murah.
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.
putus Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Contoh: Rantai tangan yang putus.

berlubang Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)
6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.
cincin berbatu2 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.

Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?

Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.
Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.
fgjam2 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

Tips 2: Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.
pilih design Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Tips 3: Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).
916 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Biasanya gred barang kemas adalah 916

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi icon sad Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com) Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k).
iseries close up Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak

emas tebal Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak

nipis Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)

putus Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.

i series densimeter test Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter.

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:
a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja
cincin berbatu3 Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh.

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.
Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi?  Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).

Kesimpulan.

Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.
Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.
Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik icon smile Tips: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (jutawanemas.com)
Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda.

**** GCP ada menyediakan barang kemas emas 24k @ 999 (SUSUT NILAI BARANG KEMAS GCP 15-20% SHJ)
**** barang kemas yg cantik boleh juga di beli di publicjewellery
_Ditulis oleh syukor pada 8 August 2011 – 9:10 pm  -www.jutawanemas.com-


atau sms/call 017-575 0810

Apakah Pelaburan Emas, simpanan emas ini, bagaimana hendak untung


Ramai orang yang baru kenal emas sebagai simpanan dan pelaburan tertanya-tanya banyak soalan dan ingin tahu banyak perkara. Mereka akan tertanya-tanya apakah simpanan emas ini,bagaimana hendak untung dan macam-macam lagi.


Saya cuba senaraikan apa yang anda perlu tahu dari sudut pandangan saya yang secara tak langsung terlibat dengan simpanan emas sejak penghujung tahun 2008.

1.Sebaik sahaja anda sedar tentang kepentingan emas,anda buat sedikit kajian.Mudah sahaja,maklumat kini hanya di hujung jari,pakcik google sedia membantu.
-kini terdapat banyak blog tentang emas,kebanyakkannya adalah kepunyaan dealer PG,GCP dan beberapa syarikat lain.Forum yang membincangkan tentang emas juga membantu kerana anda boleh membaca komen/pendapat dari ramai orang.Forum yang saya paling minati ialah carigold.com.Di sinilah saya mula berkongsi pengalaman dengan orang lain sehingga saya melangkah satu demi satu hingga ke tahap ini.Alhamdulillah.
-namun awas!membaca di internet sahaja tidak mencukupi.Anda boleh menghubungi mana-mana dealer/individu yang diyakini boleh membantu anda menjadi lebih faham tentang emas.
2.Boleh melihat web syarikat yang menjual emas ini untuk mengetahui serba sedikit tentang syarikat,produk,harga dan  pelbagai maklumat lagi yang mungkin membantu anda membuat pilihan nanti.Antara web yang anda boleh lihat ialah produk Public Gold dan GCP.Klik sahaja di ‘banner’ yang terdapat di bahagian atas sebelah kanan di web ini.Selain itu,anda boleh melihat beberapa produk lain di menu bahagian bawah sebelah kanan web ini untuk membuat perbandingan.
3.Faktor yang anda perlu ambil kira:
jenama- pentingkah jenama?ada pro dan kontra nya.Emas tetap emas tak kira jenama apa.Apa yang penting ialah ketulenan dan beratnya betul.Jenama penting juga apabila anda berkira-kira untuk menjadikan emas sebagai simpanan+pelaburan.Dari segi ini saya boleh katakan,emas yang dikenali ramai lebih mudah dijual semula.Contohnya emas pilihan masa kini,Public Gold dan GCP.Jenama tidak penting jika anda pasti ia memang untuk simpanan semata-mata,tujuan memajak atau untuk peleburan bagi proses menjadikan ia barang kemas.
harga/spread -kedua faktor ini memainkan peranan kerana saling bersangkut paut antara satu sama lain.
images OF GOLD Panduan Asas simpanan emas / Tips Pelaburan Emas
Apakah spread?
1.       SPREAD adalah perbezaan antara harga belian (WE SELL) dengan harga jualan (WE BUY). SPREAD yang terendah adalah yang terbaik untuk kita beli emas tersebut. Formula mengira SPREAD adalah sebagaimana berikut:
2.       SPREAD = Harga WE SELL – Harga WE BUY
3.      Peratusan  SPREAD = (Jumlah  SPREAD / Harga WE BUY) x 100
Spread adalah perbezaan harga jual dan harga beli.Di website syarikat emas akan tertera harga ‘we buy’ (kami jual)-ini maksudnya harga jualan syarikat/dealer manakala ‘we buy’(kami beli) adalah harga belian balik syarikat/dealer  jika anda ingin menjual kembali.
Bagi yang menjadikan emas sebagai pelaburan-buy low sell high (beli rendah jual tinggi)-spread dan harga ini penting diketahui.
Emas Murah  spread tinggi  atau Emas Mahal spread rendah menjadi pilihan anda?Tepuklah dada tanya selera.
Masing-masing mempunyai kelebihan dan emas dengan harga murah spread tinggi kini boleh diatasi masalah spread tersebut dengan cara pemberian diskaun oleh dealer.

ketulenan -emas mempunyai banyak gred.Paling digemari emas dengan ketulenan 916 (22k) dan 999.9 (24k).Emas 916 biasanya dinar dan barang kemas.Manakala emas 999 pula dalam bentuk gold bar.Namun kini ada  pilihan dinar  999 (GCP) dan barang kemas 999 (Rantai tangan/rantai leher GCP).
Kos pergram bagi emas 999 beza antara rm8-rm9 dengan emas 916.Maka kenaikan ketara pada  harga ialah emas 999.Jika ingin untung yang lebih,maka emas 999 dicadangkan.

4. Jenis-jenis simpanan/pelaburan emas :
-Pelaburan melalui buku aka emas maya seperti GSPA (Public Bank) GIA (Maybank) dan KFH.Setakat ini yang patuh syariah adalah KFH,yang lain tidak digalakkan kerana haram.Ini kerana beli emas tidak dapat emas,maka ia tidak memenuhi hukum sah jual beli dalam Islam
-Pelaburan emas fizikal-dalam bentuk dinar,syiling dan jongkong (gold bar)
5.Bagaimana bermula?Berapa harus saya simpan/laburkan dalam emas ?
Sebaiknya anda memahami dahulu dan kutip seberapa banyak ilmu tentang emas ini.Ini akan membantu anda membuat keputusan kelak termasuk tentang berapakah yang harus dilaburkan dalam simpanan emas ini.Anda juga boleh memohon pendapat/pandangan dari individu  yang sudah berpengalaman dalam simpanan/pelaburan emas.Anda juga boleh baca di menu Soalan Lazim/FAQ di web ini.

6.Perkaitan emas dan wang kertas
Ini antara bahagian penting dalam memahami tentang emas.Tahukah anda emas adalah wang yang sebenar?Pada zaman dahulu emas dan perak dijadikan wang.Wang kertas pernah bersandarkan emas,namun sejak 1971 ia tidak lagi bersandarkan apa-apa.Ini menyebabkan wang kertas sebenarnya hanyalah nilai yang diperakukan oleh sesebuah negara.Negara yang menguasai matawang semua negara adalah USD.Mereka boleh mencetak wang sesuka hati mereka dan ‘merompak’ hak negara lain dengan wang kertas ciptaan mereka.
Lihat sahaja di sekeliling kita,harga barang semakin naik.Inflasi menyebabkan kuasa membeli kita semakin berkurangan dan wang kertas semakin susut nilai.Contoh inflasi yang jelas,dulu dengan rm10 pergi ke pasar kita dapat beli macam-macam.Tapi sekarang dengan nilai wang yang sama iaitu rm10 kita hanya dapat membeli sedikit sahaja barang.

Wang kertas susut nilai,emas ?Emas semakin bernilai.Selagi matawang tidak bersandarkan emas,selagi itu harga emas akan naik untuk jangka masa panjang.Penurunan jangka masa pendek adalah sesuatu yang normal kerana harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor lain juga yang  akan dibincangkan di artikel lain nanti.
Semoga artikel kali ini boleh memberi penerangan serba sedikit tentang asas dalam simpanan emas.
Posted by cikgusimple on March 28th, 2011 @ http://jutawangold.com

Emas adalah wang yang sebenar
ADMIN EMAS MASTER ------------
MOHAMAD ZAKI BIN ABDUL HAMID  (ad1689)
atau sms/call 017-575 0810
*Lokasi Penajaan Seluruh Malaysia
 

Analisis : Harga emas meningkat dengan mendadak Ogos 2011


Harga emas di pasaran dunia meningkat dengan mendadak sejak 2 minggu lalu dan beberapa hari yang lalu harganya terus menunjukkan kenaikan. Pada 4 Ogos 2011 sahaja harganya telah mencecah USD1,663.50 untuk satu auns atau RM159 per gram.


Kenaikan ini melebihi 6% jika dibandingan apabila ianya baru sahaja melepasi USD1,600 pada 18 Julai 2011 yang lepas. Kenaikan ini didorong oleh kebimbangan hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Di samping itu, data IMF menyataan bahawa bank-bank pusat seperti Thailand,
Rusia dan Kazakhstan menambah rizab emas dalam pegangan mereka dalam masa 2 bulan yang lepas.

Di samping itu, Korea Selatan buat pertama kali membeli emas setelah tidak berbuat demikian dalam masa 10 tahun yang lepas, telah membeli 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011.

Kesan kepada harga emas..
jelas kelihatan apabila harga jualan emas KFH naik dari RM157.60 to RM162.52 dalam masa sehari pada 3 Ogos 2011. Kenaikan ini adalah sebanyak RM4.2 per gram atau 3.1%. By the way, kalau yang beli emas KFH pada awal tahun sehingga 3 Ogos 2011, kenaikan sebenar apabila mengambil kira spread (perbezaan harga jualan dan belian) RM155.37 vs RM143.20 adalah 8.5% dalam masa 7 bulan.
Lihat jika sebuah negara pun dah mula menunjukkan minat untuk membeli emas untuk melindungi ekonomi mereka, kenapa kita tak bertindak sama seperti mereka untuk melindungi ekonomi dan masa depan kewangan kita. Apa-apa pun kepada yang ingin melabur dalam emas, diingatkan fahami betul-betul mengenainya dengan mengetahui risiko yang ada.

Di samping itu kena faham bahawa harga yang lepas tidak menjamin prestasi masa hadapan. Jadilah kenalah jadi pelabur yang bijak **http://www.dcfreq.com/**

emas melonjak 18 ogos 2011 179x300 Analisis harga emas , 18 ogos 2011 Terus Melonjak ke paras tertinggi

Catatan harga ringkas :
8 Ogos 11, 12:39 >> admin: wow emas naik gila2 arini.. 20g pg dah 3605
10 Ogos 11, 02:56 >>admin: 20 gram RM 3,715.00 RM 3,492.00
16 Ogos 11, 09:30 >>admin: 20g pg rm3729.. mantap tu
18 Ogos 11, 12:02 >>admin: 20 gram RM 3,774.00 ni lps jatuh skit taksat
18 Ogos 11, 02:08 >>admin: 20 gram RM 3,798.00 — 1 dinar RM 779.00
 
18 Ogos 11, 09:54 >> admin: 20 gram RM 3,850.00.. dinar 789... dh cecah 1820/oz
19 Ogos 11, 11:39 >>admin: 20 gram RM 3,900.00 tudia...
20 gram RM 3,922.00

 
Ketika artikel ini di’publish harga emas terus menunjukkan pengukuhan ketara.. dan paras tertinggi dalam sejarah yang tercatat sebentar tadi adalah :
1795.80 pada 18-ogos 2011 jam 2.09 ** dan harga ini akan terus melonjak naik mengikut ramalan para pakar ekonomi.
 
REKOD BARU : 1870.70 /OZ sila rujuk kitco.com 19 -8-11 Jam 7.00 AM
 

Monday 15 August 2011

Perbezaan di antara emas 999 (24k) dan emas 916 (22k)


 Apakah perbezaan di antara emas 999 (24k) dan emas 916 (22k)

Emas 999 (24k) :
  • emas 1st class
  • merupakan emas tulen yang tidak dicampur dengan benda asing.
  • ianya cair dan tidak boleh dibentuk menjadi objek pejal spt barang kemas.
  • lebih berkilau, bersinar-sinar dan lambat pudar.
  • sangat sesuai untuk pelaburan terutama dlm bentuk jongkong atau syiling emas.
  • buat gadaian harga tinggi
Emas 916 (22k) :
  • emas 3rd class, bukan ORIGINAL ye…
  • kandungan emas hanya 91.6 sahaja.
  • 8.4 adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam.
  • tiada alat yg dapat mengukur kesahihan kandungan emas yang sebenarnya dalam barang kemas yang dibeli oleh pembeli semasa di kedai emas. Penjual boleh menipu.
  • lagi berat barang kemas tersebut bermakna lebih banyak kandungan benda asing daripada kandungan emas.
  • cepat pudar kerana kurang kandungan emas.
  • tidak sesuai untuk pelaburan kerana mempunyai susut nilai yang tinggi walaupun barang baru berusia 1 hari sahaja.
  • Nak gadai harga rendah
more : http://emasmaster.com/

Dinar Kelantan : Masa lancar RM323, hari ini RM809 ( 10 0gos 11 )


dinar kelantan gold coin Untungnya Dinar , Masa lancar RM323, hari ini RM809 ( Dinar Kelantan)

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.
Harakahdaily.net

more : http://emasmaster.com/

Boss Bank pun join Quantum Metal memang terbaik

 Jika boss RHB, Bank Muamalat Dan Affin Bank sendiri dah join QM, apa yg nak dikatakan lagi. Nak join? Tekan link ini untuk Pendaftaran Perc...