Salam sejahtera buat semua
Salam emas master untuk anda .. (*_*)
Penggemar dan pengumpul emas menjadi terkedu seketika ketika pengumuman ar Rahnu Agro bank tidak terima Gold Bar (ketulan Emas) dan coin (termasuk dinar)
ada cerita di sini kata geng916 :
Selamat pagi!! Untuk makluman, mulai dari 16 Mei 2011 (Isnin) atas arahan Pihak Pengurusan, Bank tidak lagi menerima gold bar dan coin sebagai barang gadaian bagi PINJAMAN BARU sahaja. Kepada mereka yang telah ada gadaian sebelum ini hanya boleh memperbaharui gadaian tersebut sahaja. Walaubagaimanapun, kami kini dalam proses untuk mengkaji semula arahan tersebut. Sekian, terima kasih.”
anda boleh baca di sini http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=223006721044596&id=100000058082691#!/Agrobank/posts/202411733128609
16 Mei menjadi tarikh keramat. Terkejut dan mula menampakkan kecelaruan bagi pengumpul dan pemain emas. Apa tidaknya emas yang di beli bagaikan tiada nilai tak laku nak di pajak hehehe.
Di sini baru tau untung rugi merempit.. mungkin sebulan dua lagi riuh rendah la.. pakat lelong emas @ surat pajak oleh peREMPIT atau bukan pelabur hakiki emas (*_+)
Jom stamby duit banyak banyak kut2 dapat beli emas murah yang di lelong. heheh
CELOTEH DI ATAS HANYA SEKADAR NUKIILAN DARI BEBERAPA INPUT YANG SAYA DAPAT SAMADA ONLINE ATAUPUN OFLINE
*jangan marah arrr.
Okay di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit panduan mungkin berguna bagi sesiapa yang nak guna..
Walaupun AGRO bank tak terima gold bar dan dinar/coin kita masih lagi ada beberapa alternatif untuk pelaburan emas nie.
1- Jom tukar daripada emas ketul / emas wafer / gold bar kepada barang kemas :
- Rantai emas 999 * GCP ada stok
- Gelang emas 999 * GCP pun ada banyak
#senang nak pajak di mana-mana InsyaAllah
2- MEMAJAK pada tempat alternatif jika nak pakai duit segera.
antara nya ar-rahnu PKB (emasmaster pernah menulis kisah PKB ni klik) banyak cawangan di seluruh Malaysia
servis memang tip top pantas.
tak banyak songei
Membantu ekonomi negeri n rakyat permodalan kelantan berhad juga hehe
Emas PG pun boleh emas GCP pun boleh.
cerita sahaja tak best la kan.. nah ini buktinya pajakan @ gadaian terbaru emasmaster
Butiran Pajakan :
EMAS KETUL (Gold Bar)
20 gram PG
10 gram GCP
Walaupun al Rahnu PKB masih terima gold bar tetapi upah simpan di sini agak tinggi dan nilaian emas mungkin agak rendah (ataupun masa saya pajak kali ini emas yg murah *yg lps dpt rm1000 utk 10 gram) berbanding agro bank.
Namun al rahnu ini berguna bagi pelabur emas yg memerlukan wang segera dan belum masa untuk menjual kerana faktor-faktor tertentu seperti baru sahaja membeli emas tersebut atau emas tengah jatuh harga, jika jual ketika ini sudah pasti akan rugi.
al-Rahnu ini mungkin kurang sesuai untuk kaki rempit tetapi bagi peniaga emas atau peniaga apa-apa sahaja atau sesiapa yang memerlukan modal segera dan akan dapat pulangan cepat MAKA AL RAHNU PKB AMAT SESUAI kenapa?
kerana di sini ada kontrak separuh bulan @ separuh harga MAKSUDNYA ?
jika anda pajak kurang dari 15 hari anda hanya perlu membayar separu.
cth : jika sebulan kos upah RM 17, jika anda pajak 15 hari atau kurang anda hanya perlu bayar separuh iatu RM8.50
nah ini buktinya :
PAJAKAN 10gram GCP
dpt pinjam rm 1000
Upah Rm 17 sebulan
*Tebus sebelum 15 hari emasmaster hanya perlu bayar RM 8.50
Nak lebih jelas sila lihat resit di bawah
Nak maklumat lanjut sms je 0175750810 @ email ke admin@emasmaster.com
3- Dengar ura-ura katanya public gold juga akan menawarkan kemudahan seperti al-Rahnu dengan kadar upah sama dengan agro dan pinjaman 70%. Tetapi sejauh mana ketepatan khabar ini wallahu’aklam
MOHAMAD ZAKI (ad1689)
atau sms/call 017-575 0810
email : admin@emasmaster.com
*Lokasi Penajaan Seluruh Malaysia
Authorised Dealer GCP dan Public Gold
No comments:
Post a Comment