Salam sejahtera.. didoakan kita sentiasa dalam limpahan rahmat Allah..
ada beberapa sahabat bertanya bagaimana cara mengira harga emas semasa berdasarkan harga emas dunia seperti kitco dan seumpamanya..
oleh kerana saya tidak sempat menulis panjang lebar berikut saya kongsikan beberapa artikel sahabat emas berkaitan cara pengiraan harga emas spot.. harga tempatan dll..
selain menambah ilmu emas :)
Artikel 1 :
http://anak-permataku.blogspot.com
Pengiraan Harga Emas berdasarkan harga pasaran di KITCO
Assalamualaikum.
Pengiraan ini berdasarkan harga pasaran emas mentah yang dipaparkan di KITCO
Perlu
diingatkan pengiraan ini tidak semestinya tepat, tetapi boleh dijadikan
anggaran tentang harga emas sebenar di pasaran Malaysia.
sebagai contoh pada 25 Julai harga purata 1 Ounce emas adalah USD 1613
Oleh kerana di Malaysia kita lebih gemar menggunakan gram, jadi
1 Ounce(Troy) = 31.10 gm
31.10gm = USD 1613
1 gm = USD 51.86
Sekarang kita lihat pula kadar tukaran wang asing USD kepada RM
1 USD = RM 2.98
Jadi 1 gm = RM 154.56, dan inilah yang selalu orang panggil harga Spot Gold.
Persoalannya sekarang, kenapa kita perlu tahu harga Spot Gold nie?
Jawapannya,
ia dapat membantu kita menilai sendiri harga emas yang kita ingin beli,
adakah ia terlalu tinggi atau hampir dengan harga spotgold tadi.
Harga
barang kemas seperti cincin, rantai lebih tinggi dari spot gold kerana
kos pengeluarannya, serta kos pertukangan(workmanship).
Berbeza
pula dengan gold bar atau syilling emas, yang mana harganya mungkin
lebih hampir dengan harga spotgold, kerana kebiasaanya, kos
pengelurannya jauh lebih rendah berbanding barang kemas dan tiada kos
workmanship.
Sebagai contoh PG Dinar Putra(916/22K) seberat 4.25gm
Harga hari ini RM 713
Kandungan emas tulin ialah 91.6% drpd 4.25gm iaitu sebanyak 3.893gm
3.893gm x RM 154.56 = RM 601.70
Jadi perbezaan harga
RM 713 - RM 601.70 = RM 111.30(Kos pengeluaran+untung)
Tetapi
RM 111.30 bukanlah bermakna kesemuanya itu adalah kos pengeluaran,
tetapi telah meliputi kos penghantaran dan untung yang diambil oleh
pengeluar,pengedar dan penjual.
Dari contoh di
atas, diharap dapat membantu saudara saudari memahami mengapa harga
dinar berbeza antara satu sama lain dan mungkin juga dapat membuat
pilihan sebelum membeli sesuatu produk emas.
Diharap dengan sedikit maklumat ini dapat memberi manfaat kepada saudara saudari. Jika ada kesilapan, sila perbetulkan=).Wasalam
Artikel 2 :
http://mentoremas.com
Bagaimana Pengiraan Harga Emas Fizikal Tempatan Dilakukan
Harga emas
Harga Emas di pasaran antarabangsa didagangkan dalam matawang US Dollar, dengan berat asas dagangannya “Troy per oz”.Troy per oz adalah unit untuk semua jenis logam berharga (precious metal), dimana untuk setiap 1 Troy per oz bersamaan 31.1gram.
1 Troy per oz = 31.1gram
Sebagai contoh, jika harga emas di pasaran antarabangsa $1623 per oz, bermakna harga emas ketika ini adala 1,623 Us Dollar untuk setiap 1 Troy auns.
Untuk mendapatkan harga dalam RM bagi setiap gram, pengiraannya seperti berikut:
1. Dapatkan harganya untuk setiap gram dahulu, caranya adalah;Untuk makluman, harga yang diatas adalah harga asas dagangan atau dikenali sebagai “Harga Spot”, dan ianya tidak merangkumi kos-kos sampingan yang terlibat bagi menghasilkan emas dalam bentuk fizikal.
Harga Sekarang ÷ Berat 1 troy oz dalam gram = Harga 1 gram emas dalam USD.
$1,601.05 ÷ 31.1 = $51.48
2. Kira kadar pertukaran harga 1 gram emas dalam matawang Dollar tadi kepada RM, caranya;
$51.48 x RM3.1310 = RM161.18 (Harga 1 gram emas di pasaran antarabangsa).
Contohnya, katakan syarikat ABC adalah penjual emas, dan mereka membeli bekalan mentah emas daripada pengeluar pada harga spot antarabangsa iaitu RM161.80 segram.
Kemudian, mereka memprosesnya menjadi Emas berbentuk Gold Bar dengan kos yang terlibat untuk semua proses dari awal sehingga siap untuk setiap gram adalah sekitar RM13.00 bersamaan pertambahan kos sebanyak 8% dari harga kos asal bahan mentah. Kos tambahan ini juga dikenali sebaga “Kos Premium”.
Bermakna, mereka akan menjual emas itu kepada pelanggan pada harga:
Harga Spot + 8% ( kos premium)
RM161.80 + RM13.00 = RM174.80 segram
*Biasanya di kedai emas, mereka mengenakan tambahan sehingga 25% sebagai kos premium mereka, membuatkan harga jualannya lebih tinggi.
Tetapi bila mereka membeli semula dari pelanggan, mereka hanya akan mengambilkira harga asal barang mentah sahaja iaitu harga Spot Price, menyebabkan untuk semua beliam balik emas yang dijualnya akan dikenakan potongan harga atau susut nilai sehingga 25% juga.
Artikel 3 :
http://www.shahdinar.com
Cara Kira Harga Emas Malaysia 916 dan 999
salam hormat dan salam berhujung minggu buat semua pembaca shahdinar.com
setelah mendapat permintaan dari shahdinar email subscribers, hari ini saya berkelapangan nak berkongsi mengenai cara kira harga emas kat malaysia ni...
simple jek, memula kita akan ambil harga emas mentah dunia dari website kitco, dimana nilai nya sandarkan pada nilai US Dollar...
Harga Emas Semasa Dunia 25 October 2013 ( untuk seberat 1 oz emas )
Graf bagi Harga Emas di
atas adalah Harga Emas Dunia bertarikh 25 october 2013 ( Jumaat ) ia
tutup pada jam 5 pagi waktu malaysia. ( sabtu ahad public holiday jadi
harga emas pun cuti laaa, hari isnin baru kerja laa :P )
kemudian kita ambil pula nilai ringgit malaysia berbanding US Dollar
ok nilai ringgit malaysia berbanding us dollar di atas saya ambil dari sebuah money changer. ia bertarikh 26 october 2013 iaitu bersamaan hari sabtu. ( hari ini la ya )
ok sekarang mari kita kira harga emas mentah di malaysia sekarang:
1. Ambil nilai semasa Harga Emas dunia USD ( dari graf di atas) DARAB nilai ringgit semasa berbanding US Dollar
2. USD 1352.90 x RM 3.160 = RM4275.16
3. Jadi Harga Emas mentah di Malaysia adalah berharga RM4275.16 / Oz
4.
Oleh Kerana 1oz = 31.1gram . kita perlu bahagikan Harga Emas tersebut
kepada oz. supaya kita dapat mengira harga emas tersebut kepada /gram.
RM4275.16 / 31.1gram = RM137.46/gram
selesaiiiii....
jadi
untuk harga emas mentah atau di panggil harga emas spot di malaysia ni
... harga nya adalah RM137.46/gram untuk emas tulen 999 ( harga yang
tidak termasuk sebarang upah atau premium sesuatu barang kemas yang dah
siap )
ok, sekarang untuk mengira harga emas berketulenan 916 pula... anda hanya perlu darabkan sahaja harga tersebut kepada 0.916
Rm137.46 x 0.916 = RM125.916
5.
Jadi harga emas 916 Mentah untuk malaysia adalah RM125.91 ( harga yang
tidak termasuk sebarang upah atau premium sesuatu barang kemas yang dah
siap )
selesai...
-------------------
Ingin memiliki Emas atau bertanya info emas :
[ contact me ]
add di https://www.facebook.com/emasmaster
SmS , Viber , WhatsApp : 0142448999
LIKE PAGE INI : https://www.facebook.com/EmpayarQM
Twitter : www.twitter.com/emasmaster
Jom register QM free https://bit.ly/freeregisterqm
Buka Akaun GAP Public Gold : HERE
No comments:
Post a Comment