Showing posts with label Dinar. Show all posts
Showing posts with label Dinar. Show all posts

Tuesday, 13 June 2023

EMAS SEBAGAI DANA HAJI UNTUK MA - Perkongsian Penyimpan Emas

Berikut perkongsian Nurizaty M. Nor Bagaima beliau menabung untuk membantu Ibu dan Ayah beliau mengerjakan haji.. Jom kita belajar moga membawa kebaikan yg banyak..

   🍀Bismillah ﷺ ﷴ🍀

"EMAS SEBAGAI DANA HAJI UNTUK MA"

Saya nak share sedikit cerita saya. Saya ada 1 impian. Saya nak hantar Ma Abah saya menunaikan haji ke Mekah. Maka menabung lah saya dalam Akaun ASB dan Tabung Haji. Pendek cerita tak berjaya sebab bila nampak banyak saya korek balik. Ada masalah kewangan, korek lagi. 

Simpan korek, simpan korek!

Arghh..tak boleh jadi.


Sehingga lah saya ubah cara simpan saya dalam bentuk emas. 

5/5/2018 saya buat komitmen belian 10 dinar secara #EPP. 

Paksa diri bayar 10 bulan.

Benar kata mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, "Tak Paksa Tak Jadi"


Alhamdulillah. Selesai bayar 10 bulan. Saya collect 10 dinar di Cawangan Public Gold Ipoh, PG Ipoh.

Pada kepingan 10 dinar itu, saya lekatkan tarikh beli, harga & matlamat " Biaya haji Ma Abah".

Tahun 2023 - Ma saya dapat panggilan haji. Alhamdulillah.

Tiba lah masanya saya jual 10 dinar itu.

Mei 2018 - 10 dinar bernilai RM7630

Mei 2023 - 10 dinar bernilai RM13k+++

Ya Allah Syukur sangat. Saya jual 10 dinar pada PG, dapat RM12,086.

Pertambahan hampir RM5k dalam tempoh 5 tahun. 


7 April 2023 (16 Ramadhan ) - duit RM12,086 masuk ke Akaun saya.

Alhamdulillah.


Seterusnya, saya kongsi cara saya transfer ke akaun Tabung Haji Mak saya. 

Mengejar keberkatan Ramadhan. 

Saya transfer RM1k setiap 10 malam terakhir Ramadhan ke Akaun TH ibu saya. Setiap malam dengan niat mengejar pahala malam Lailatul Qadar. 

Semoga Allah izin saya beroleh pahala 1000 bulan Lailatul Qadar. Aamiinnn ya Rabbal 'Alamin.

Sekadar perkongsian ikhlas,

Nurizaty M. Nor

#emasdanahaji #TestimoniPenyimpanEmas 


Scan MeScan Melink Info EmasBiz

Monday, 12 June 2023

Updated : Dinar Hantaran M Nasir - Kisah Epic Perkahwinan Hantaran Dinar Emas

Dengan Hantaran RM 2 RIBU dah jadi RM 11323 sekarang…??

RM17290 Emas memang simbol dan sumber kekayaan..  Kaya kaya kaya! 😆

Kisah yang sentiasa menjadi rujukan penyimpan pelabur serta peminat emas dalam isu DINAR dan Perkahwinan sudah tentu KISAH EPIC PERKAHWINAN M.NASIR dan MARLIA MUSA kerana hantaran perkahwinan ialah 13 DINAR EMAS Nilai pada masa itu hanya RM200 je..

Pengakuan Marlia Musa pada hari pernikahan – “M.Nasir ialah cinta pertama saya”

ARKIB : 03/09/2000 www.utusan.com.my

"Apa yang uniknya dalam majlis akad nikah itu ialah M.Nasir memilih untuk menggunakan wang dinar emas sebagai bayaran mas kahwinnya kepada pengantin perempuan.Tiga belas keping wang dinar emas bernilai RM2,000 menjadi bukti penyatuan kedua-dua mereka."

Pada Tahun 2000, M.Nasir hanya membelanjakan Rm2000 sahaja untuk membeli 13 keping dinar emas.
Ini bermakna sekeping berharga RM 153 (Rm2000 /13pcs)

Dan ketika cerita ini ditulis oleh blog otakemas 15 June 2012, harga 1 dinar Public Gold adalah RM729.

Dalam masa 12 tahun, 13 keping 1Dinar yang M.Nasir beli dan telah menjadi hak milik Marlia Musa yang pada tahun 2000 hanya bernilai Rm2000 dan sekarang nilainya mencecah Rm9477  ( Rm729 x 13 Dinar)

Kenaikan sebanyak 476% untuk jangkamasa 12 tahun. Manarik..
===============================================
Updated : Tahukah anda berapa nilai emas pada hari ini 13 Jun 2023.. Emas harini 

1 gram

380

*Emas 999 *Small wafer Public Gold 

Manakala 1 Dinar pula telah mencecah RM 1330

1 Dinar

1,330


So.. 13 Dinar Mas Kahwin M. Nasir dan Marlia Musa kini sudah berharga hampir 20 ribu.. dulu 2 ribu sahaja.. wow wow WOW!
kenapa untung? cuba kita lihat apa sebab MNasir guna Dinar.. sebab INGIN KEMBALI KEPADA NILAI ISLAM.. tengok, nak kembali kepada Nilai Islam didunia pun dah untung berganda-ganda ganda.. apatah lagi di Akhirat nanti.. sangat-sangat beruntung kita apabila kita kembali kepada ISLAM dalam semua aspek kehidupan :)

Jom menyimpan emas dengan harga murah boleh join dealer ORODESIGN emas murah Harga Kilang 
Promosi Daftar Dealer 
View Katalog ORODESIGN dan WhatsApp 
    

untuk tempahan atau pertanyaan

Kalau anda ingin Simpanan Emas Mudah Selamat dan Konsisten boleh buka akaun Gold Accumulation Program (GAP) adalah salah satu kaedah penyimpanan emas berketulenan 999.9 (24K) secara sedikit demi sedikit serendah RM100 secara online
 Public Gold
RUJUKAN >> PG007634 <<

Tapi kalau anda suka bernetworking.. Invest dan Trading kami syorkan anda join Quantum Metal Syarikat Pembekal Emas kepada beberapa bank di Malysia serta diakui PATUH SHARIAH, terdapat tiga Program Utama apabila anda mendaftar :
1. GSA Akaun simpan emas online (RM10 boleh beli emas)
2. GCA Sistem pajakan online (best sbb buat online dan tiada had wajib renew 6 bulan)
3. GEA Sistem pelaburan emas (Konsep Tawaruq boleh labur/trade 10x ganda untung)
Jom daftar percuma je : Daftar QM Free

- DAFTAR PERCUMA
-Tak Perlu Belian Maintain
-RM10 dah boleh beli Emas
-Boleh Pajak Emas Online
-Boleh Invest / Trade
(10x ganda / 5x ganda)
-Boleh Bina Networking


ooops panajang cerita pula pasal Emas Biz ni ehehe.. tapi itulah bak kata Pak Hamka " Peluang itu kadang2 datang tanpa diduga.. kadang2 iya datang ketika kita rasa belum bersedia..

KATA-KATA HIKMAT PROF. DR.HAMKA

“ Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa…datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!”

panjang-panjang tulis kadang2 susah faham eheheh jom kita lukis.. bagi nampak gambaran untung simpan emas apa jadi dengan 13 Dinar Mnasir tu ehehe.. 

lepas kisah kahwin Dinar Emas M Nasir.. ramai yang follow dan emas mereka juga sudah meningkat harga berganda ganda.. nanti kita cerita kisah mereka.. 
Jom tengok nilai 13 Dinar M Nasir dan Marlia Musa tu..




Wednesday, 31 May 2023

Produk Quantum Metal Sdn Bhd ('QM') mematuhi Syariah?

  


Adakah produk Quantum Metal Sdn Bhd ('QM') mematuhi Syariah? 

Ya, produk Quantum Metal diaudit oleh ISRA International Consulting Sdn. Bhd. untuk lafaz Syariah di mana ia adalah pematuhan kepada Dokumen Polisi Syariah.

Daftar Ahli Secara Percuma 

 Adakah produk Quantum Metal Sdn Bhd diaudit?
Ya, semua produk Quantum Metal Sdn Bhd diaudit sepenuhnya, dikawal selia, diperakui dan diiktiraf oleh pelbagai pakar dan penasihat syariah dan Tawafuq yang dikawal selia oleh pihak pengawal selia.
Daftar Ahli Secara Percuma 
#QM


Daftar Percuma sahaja https://bit.ly/freeregisterqm
Whatsup wakil kami untuk keterangan lanjut
Join Telegram kami untuk info dan bahan yang lebih banyak https://t.me/EmpireQM

Saturday, 24 December 2011

Monday, 15 August 2011

Dinar Kelantan : Masa lancar RM323, hari ini RM809 ( 10 0gos 11 )


dinar kelantan gold coin Untungnya Dinar , Masa lancar RM323, hari ini RM809 ( Dinar Kelantan)

KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi.

Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta.
Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.

”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini.
Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang.
Harakahdaily.net

more : http://emasmaster.com/

Saturday, 28 May 2011

Dinar dan Dirham: KGT sasar 20 ribu kedai

Dinar bakal menjadi alternatif urusniaga –KGT sasar 20 ribu kedai terima dinar


Written by Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 28 Mei: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah.

Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam. “Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah. “Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham” katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo.

Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia. Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur. “Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan,” ujarnya.

KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun.

Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam.
Published with Blogger-droid v1.6.9

Sunday, 6 March 2011

sepuluh 10 dinar public gold







 Metal


Au  
 Berat (g)

42.50  
 Diameter (mm)

38  
 Ketebalan (mm)


2.18  
 Ketulenan


916 @ 22 karat




lima 5 Dinar Public Gold


 Metal

Au
 
 Berat (g)
21.25
 
 Diameter (mm)
32
 
 Ketebalan (mm)

1.50
 
 Ketulenan

916

Public Dinar Daily Price

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 661.00RM 621.00
5 dinarRM 3293.00RM 3112.00
10 dinarRM 6556.00RM 6228.00
Last updated 06/03/11 7:20 PM

Satu Dinar Public Gold

Public Dinar Daily Price

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 661.00RM 621.00
5 dinarRM 3293.00RM 3112.00
10 dinarRM 6556.00RM 6228.00
Last updated 06/03/11 6:40 PM 
 
Diameter 18mm
Metal Au
Weight 4.25g
Thickness 0.72mm
Purity 916
...harga ikut live rate semasa
 

MAVORA: Membina Empayar Niaga Patuh Syariah Bersama Aafiyat

  Langkah Awal MAVORA: Membina Empayar Niaga Patuh Syariah Bersama Aafiyat Group Salam hormat buat rakan-rakan usahawan yang berwawasan. Kam...