Thursday, 10 March 2011

Ingin Beli EMAS dimana? Bank, Nubex, Public Gold, GCP ?

Memang terdapat beberapa spekulasi tentang pelaburan tersebut terutama sekali tentang keuntungan dan juga kerugiannya. Siapa berani bermain dengan api maka dia bertanggung jawab dengan sebarang kemungkinan yang terpaksa ditanggung. Kita tidak patut tergesa-gesa dan terburu-buru untuk membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Di bawah ini saya akan terangkan secara ringkas tentang rumusan yang telah saya perolehi terhadap kajian saya. Diharap para pembaca dapat menggunakannya sebagai panduan untuk menyertai pelaburan emas ….
*Sumber : uncangemas.com.

1. Kijang Emas
* Kita boleh beli dan perolehinya di cawangan Maybank yang tertentu
* Spreadnya adalah 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
* Diingatkan kita TIDAK boleh lock harga dan juga tidak boleh booking
* Kita dikehendaki datang sendiri di Maybank untuk mendapatkannya
* Perlu diingat stok sering kehabisan
* Dan yang perlu diingat pihak bank tidak akan beli semula jikalau tercalar dan yang
sewaktu dengannya

2. OUB
* Kita hanya boleh membelinya di OUB Utama sahaja
* Spreadnya adalah berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar
(2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
* Kita perlulah dapatkan sendiri di OUB
* Sama seperti emas kijang, stok selalu habis
* Kita dikehendaki dan mesti membawa resit asal semasa jual balik dan
* Kita tidak boleh buka sarung

3. Pamp Suisse
* Mengenai emas Pamp Suisse kita boleh beli di kedai emas tertentu
* Spreadnya pula adalah diantara 10%-30% mengikut kehendak pengurus kedai tersebut
* Tetapi kita jangan lupa apabila kita buka sahaja sarungnya maka akan ditolak harga

4. Bunga Raya
* Emas jenis ini pula hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
* Spreadnya adalah 15%-25%
* Ianya sama seperti emas pamp suisse buka sarung tolak harga
5. Barang Kemas
* Yang bagusnya barang kemas adalah ianya boleh dibeli di mana-mana kedai emas
* Harga memang tinggi berbanding pasaran
* Spreadnya pula adalah 20%-40%
6. Dinar Emas Kelantan
* Dinar Kelantan boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
* Masalahnya stok adalah terhad dan selalu kehabisan stok
* Spreadnya adalah 10%-15%

7. Public Gold & Public Dinar
* Emas PG boleh dibeli daripada mana-mana ejen Public Gold.
* Spreadnya rendah 5%-6% sahaja jika dibandingkan dengan emas-emas lain
* Dijamin beli balik walaupun telah dibuka sarungnya, kemek, calar dan sebagainya
asalkan berat masih sama
* Kita boleh booking dan lock harga yang kita kehendaki
* Yang paling penting emas PG dinilai oleh assayer emas yang
bertauliah
* Emas PG disertakan bersama dengan Certificate of Authenticity
* Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen
sekian Terima Kasih, Kita jumpa lagi…

Advertisement Advertisement Advertisement Advertisement

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...