Showing posts with label ar-Rahnu. Show all posts
Showing posts with label ar-Rahnu. Show all posts

Saturday, 3 June 2023

Andaian dan anggaran harga emas jun 2023 dan julai 2013 - Ingin Jadi Tauke Emas ? Pelabur Emas atau Emas Trader

 Seperti biasa harga emas akan naik turun naik turun.. turun nai nai naik naik lagi.. ehehe

jom kita lihat graf harga emas semasa 
(4.6.2023) kalau tengok graf terjunan tiruk tu.. 



Graf terjunan tiruk ni membawa pelbagai reaksi sebenarnya, bagi yang ingin membeli emas ini adalah masa terbaik sebab harganya rendah so beli je tumpang duit masih ada ehehe.. kalau simpan nk tunggu harga lagi rendah ada 2 kemungkinan.. 1 duit habis 2 harga akan mula naik :)

bagi yang baru lepas beli emas rileks jangan gabra sebab emas anda tak susut pun :) tapi kalau jual sekarang rugi lah.. so kenapa nk jual

yang baru lock graf emas untuk trade pastu menjunam.. ehehe melengung je lah sekejap.. nt bila naik baru sell ahahah

so kita kembali kepada andaian harga.. andin tak pro bab bujum menujum pak belalang so kita tengok apa pro komen :

Gold Performance Analysis

  • Last 5 Days: +0.9%
  • Last 1 Month: -1.1%
  • Last 6 Months: +9.2%
  • Last 12 Months: +5.1%

Gold Price Forecast for Next Week

Gold Price Forecast for Next Week: Gold (XAU/USD) will likely trade in the range of $1971 and $2068.

The net Gold price has fallen below $1950 and the overall trend has turned negative.

The net Gold price has fallen below both the 50-day as well as the 200-day Moving Averages. The 50-day MA for Gold is $1958 and the 200-day MA is $1980. At the time of writing the net Gold price is $1947.

When the net price falls below both the 50-day and 200-day MAs, it is generally considered a bearish signal. It suggests that the recent price levels have dipped below the average prices observed over the specified time periods. This may indicate a potential shift in the overall trend to the downside.

=====

Gold Price Forecast for the Next 12 Months

Gold Price Forecast (Next 12 months)$2183
Credit Suisse$2300
Commerzbank$1950
MKS$2300

Gold Price Predictions for the Next 5 Years

  • Gold Price Prediction 2023 is $2207
  • Gold Price Prediction 2024 is $2332
  • Gold Prediction 2025 is $2465
  • XAUUSD Prediction 2030 is $4600

https://crowdwisdom.live/us-stocks/gold-price-forecast-today/

Manakala mengikut https://30rates.com/  emas akan naik sedikit selepas ini dan kemudian mungkin turun atau naik mengikut situasi dan isu mendatang 

Gold Price Forecast By Day

DateWeekdayMinMaxPrice
06/05Monday185320481950
06/06Tuesday185120451948
06/07Wednesday186620621964
06/08Thursday186620621964
06/09Friday188420821983
06/12Monday188820861987

So kesimpulanya apa? Masa terbaik untuk beli emas adalah sekarang jika anda ada modal atau duit.. sbb emas tengah murah lagipula kalau simpan lama duit habis ehehe.

Apajadi jika emas jatuh agi.. beli lagi jika da modal.. kalau takde tengok jela sbb dah beli ahahha.. kalu tunggu pun belum tentu anda sempat beli (pikir je la camtu ahahah)

Cuma satu je nak bagitau.. sebenarnya nak untung emas adalah simpanan jangka pangjang.. sbb graf emas sentiasa naik utk jangka masa pangjang.

nak untung cepat ada 2 cara 1 jadi Tauke Emas atau Peniaga Emas.. so beli untung dapat harga murah.. org kita kita untung sbb kita jual ikut harga pasaran.. kita beli ikut harga kilang.. mari2 siapa mau jadi TAUKE EMAS.. modal hanya RM399 untuk jadi dapat beli emas harga murah atau harga kilang.

Promosi Daftar Dealer View MORE HERE 

Promosi Daftar Dealer















atau anda nak beli je boleh view katalog sini 
View Katalog ORODESIGN dan WhatsApp 






Kalau anda nak melabur dengan mudah sebulan 1g di Syarikat yang sangat STABIL boleh cuba di Akaun GAP PUBLIC GOLD :

Daftar Akaun Emas Public Gold


ATAU SIAPA YANG NAK INCOME ACTIVE TUNTAS DAN PADU Networking Terbaik, Pembekal Emas kepada Bank dan Koperasi Besar 
 Boleh Join Kami di QM apa yang best ?
1- Beli Emas Online dan mula menyimpan dengan hanya RM10 (blh tukar kpd emas fizikal)
2- Boleh Pajak Online - Guna wang belanja hangus convert jd emas dan pajak online.. so bila emas naik anda untung.
3- Boleh melabur Emas dengan cara INVEST ACTIVE boleh buat 5x untung atau 10x kali untung dengan nilai emas anda.
*Semua Produk dan Perkhidmatan Quantum Metal Patuh Syhariah. View More Sini dan Sini 

Daftar Ahli QM Percuma

Quantum Metal


- DAFTAR PERCUMA
-Tak Perlu Belian Maintain
-RM10 dah boleh beli Emas
-Boleh Pajak Emas Online
-Boleh Invest / Trade
(10x ganda / 5x ganda)
-Boleh Bina Networking


Tuesday, 1 November 2011

PSP atau pajakan Public Gold

Salam emas master buat semua..

Ini ada satu berita baik bagi dealer public gold, bermula beberapa bulan lepas public gold telah memperkenalkan sistem PSP bagi emas yang disimpan di public gold.atau pajak gadai..
Konsep dia lebih kurang ar-rahnu la.. pakai sistem upah dan boleh dapat duit sekitar 65-70%.

Jika anda dealer,  bawa emas anda kemana2 cawangan publicgold yang berhampiran di tempat anda bersama kad pengenalan, public gold akan menyimpan emas anda. Pinjaman yang akan diberikan ialah sebanyak 65-70% dari harga emas semasa public gold. Upah simpan pula ialah sekitar 0.8% - 1% sebulan ( iaitu RM0.85 untuk setiap RM100) dari nilai emas anda semasa disimpan,  agak murah berbanding kedai pajak biasa yang mengenakan upah sebanyak 2%.

 Sila lihat contoh resit 



Ini adalah satu advantage kepada Dealer  Pubkic Gold yang ditawarkan oleh syarikat. Kemudahan ini jelas menunjukkan kekuatan kewangan dan kestabilan syarikat Public Gold. Semoga kemudahan ini dapat dimanfaatkan oleh semua Dealer  untuk memajukan perniagaan dan pelaburan bersama Public Gold.
 
Jika anda masih belum menjadi dealer sila lah klik link berikut.. baca dan lihat dulu.. jika berkenan jangan tunggu lagi.. register terus :)

Thursday, 26 May 2011

Agrobank ar-Rahnu tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?



Assalamualaikum..
Salam sejahtera buat semua
Salam emas master untuk anda .. (*_*)

Penggemar dan pengumpul emas menjadi terkedu seketika ketika pengumuman ar Rahnu Agro bank tidak terima Gold Bar (ketulan Emas) dan coin (termasuk dinar)

ada cerita di sini kata geng916 :
Selamat pagi!! Untuk makluman, mulai dari 16 Mei 2011 (Isnin) atas arahan Pihak Pengurusan, Bank tidak lagi menerima gold bar dan coin sebagai barang gadaian bagi PINJAMAN BARU sahaja. Kepada mereka yang telah ada gadaian sebelum ini hanya boleh memperbaharui gadaian tersebut sahaja. Walaubagaimanapun, kami kini dalam proses untuk mengkaji semula arahan tersebut. Sekian, terima kasih.”

anda boleh baca di sini http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=223006721044596&id=100000058082691#!/Agrobank/posts/202411733128609

16 Mei menjadi tarikh keramat. Terkejut dan mula menampakkan kecelaruan bagi pengumpul dan pemain emas. Apa tidaknya emas yang di beli bagaikan tiada nilai tak laku nak di pajak hehehe.
Di sini baru tau untung rugi merempit icon razz ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ? mungkin sebulan dua lagi riuh rendah la.. pakat lelong emas @ surat pajak oleh peREMPIT atau bukan pelabur hakiki emas (*_+)
Jom stamby duit banyak banyak kut2 dapat beli emas murah yang di lelong. heheh

CELOTEH DI ATAS HANYA SEKADAR NUKIILAN DARI BEBERAPA INPUT YANG SAYA DAPAT SAMADA ONLINE ATAUPUN OFLINE
 *jangan marah arrr.

Okay di kesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit panduan mungkin berguna bagi sesiapa yang nak guna icon smile ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?
Walaupun AGRO bank tak terima gold bar dan dinar/coin kita masih lagi ada beberapa alternatif untuk pelaburan emas nie.
1-  Jom tukar daripada emas ketul / emas wafer / gold bar kepada barang kemas :
- Rantai emas 999 * GCP ada stok
- Gelang emas 999 * GCP pun ada banyak
#senang nak pajak di mana-mana InsyaAllah

ingin%20gcp ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ? lock%20emas ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ? produk%20gcp%20dan%20pg ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?

2- MEMAJAK pada tempat alternatif jika nak pakai duit segera.
antara nya ar-rahnu PKB (emasmaster pernah menulis kisah PKB ni klik) banyak cawangan di seluruh Malaysia

servis memang tip top pantas.
tak banyak songei
Membantu ekonomi negeri n rakyat permodalan kelantan berhad juga hehe
Emas PG pun boleh emas GCP pun boleh.

cerita sahaja tak best la kan.. nah ini buktinya pajakan @ gadaian terbaru emasmaster

Butiran Pajakan :
EMAS KETUL (Gold Bar)
20 gram PG
10 gram GCP


ambil gadaian 10g gcp1 150x150 ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?
gadai gold bar di ar rahnu mei 2011

Walaupun al Rahnu PKB masih terima gold bar tetapi upah simpan di sini agak tinggi dan nilaian emas mungkin agak rendah (ataupun masa saya pajak kali ini emas yg murah *yg lps dpt rm1000 utk 10 gram) berbanding agro bank.

Namun al rahnu ini berguna bagi pelabur emas yg memerlukan wang segera dan belum masa untuk menjual kerana faktor-faktor tertentu seperti baru sahaja membeli emas tersebut atau emas tengah jatuh harga, jika jual ketika ini sudah pasti akan rugi.

al-Rahnu ini mungkin kurang sesuai untuk kaki rempit tetapi bagi peniaga emas atau peniaga apa-apa sahaja atau sesiapa yang memerlukan modal segera dan akan dapat pulangan cepat MAKA AL RAHNU PKB AMAT SESUAI kenapa?
kerana di sini ada kontrak separuh bulan @ separuh harga MAKSUDNYA ?
jika anda pajak kurang dari 15 hari anda hanya perlu membayar separu.
cth : jika sebulan kos upah RM 17, jika anda pajak 15 hari atau kurang anda hanya perlu bayar separuh iatu RM8.50
nah ini buktinya :
PAJAKAN 10gram GCP
dpt pinjam rm 1000
Upah Rm 17 sebulan

*Tebus sebelum 15 hari emasmaster hanya perlu bayar RM 8.50
Nak maklumat lanjut sms je 0175750810 @ email ke admin@emasmaster.com



ambil gadaian 10g gcp 150x150 ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?
gadai 10 g GCP di ar rahnu

3- Dengar ura-ura katanya public gold juga akan menawarkan kemudahan seperti al-Rahnu dengan kadar upah sama dengan agro dan pinjaman 70%. Tetapi sejauh mana ketepatan khabar ini wallahu’aklam icon smile ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?

meniaga%20emas%20pg ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ? ingin%20gcp ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ? lock%20emas ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ? produk%20gcp%20dan%20pg ar Rahnu Agrobank tidak terima dinar dan gold bar apa alternatif lain @ pilihan ?

Thursday, 14 April 2011

Sejarah, Takrif, hukum dan Akta ar-Rahnu

Latar Belakang
DI BAWAH Seksyen 46, Akta 81–Akta Pemegang Pajak Gadai 1972,
ianya menyebut bahawa organisasi berikut adakah dikecualikan
daripada peruntukan Akta ini, iaitu :
  • Sebuah bank yang diberi lesen untuk menjalankan perniagaan bank di
    Persekutuan;
  • Bank Pertanian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Pertanian
  • Malaysia 1969; dan
  • Sebuah syarikat kerjasama yang didaftarkan di bawah mana-mana
    undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Persekutuan berhubung dengan syarikat kerjasama.
Sehubungan dengan Akta di atas maka wujudlah satu peluang baru yang selaras dengan tuntutan Islam yang mana ianya dinamakan Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu. Skim ini juga merupakan rentetan dari perlaksanaan Syariah dalam sistem perbankan pada awal 1983.
Ianya telah dilaksanakan buat pertama kalinya oleh Majlis Agama Islam Terengganu pada 23 Januari 1993 dengan dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu.
Perlaksanaannya yang memenuhi kehendak Syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan (PKNK). Melalui anak syarikatnya iaitu Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ia telah mewujudkan ‘Kedai Ar-Rahn’ yang mula beroperasi pada Mac 1992.
Dari segi perlaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim ini kepada masyarakat umum. Perlaksanaannya mendapat kerja-sama sepenuhnya dari Bank Negara Malaysia yang turut bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.
Sambutan yang baik dan meng-galakkan daripada pelbagai golongan telah memberi peluang kepada YPEIM untuk menjadi pelopor yang berdaya saing. Fasa seterusnya dijalankan dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia (BPM). Sungguhpun begitu, perlaksanaan skim ini di semua institusi kewangan adalah sama kerana hukum Syariah dijadikan landasan dan panduan.
Memandangkan skim ini berdaya maju dan memenuhi kehendak dan hukum Syariah, beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri telah mula menceburkan diri ke dalam bidang ini. Kerajaan Perlis, sebagai contoh, telah menubuhkan Pajak Gadai Islam pada Januari 1997.
Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam perlaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan Dan Badan-Badan Berkanun Terengganu (KOKANUN).
Sebagai contoh, KOKANUN telah mewujudkan Muassasah Gadaian Islam (Ar-Rahnu) KOKANUN atau 2001. Ianya telah mula beroperasi pada tarikh yang sama setelah mendapat mandat daripada anggota-anggotanya dalam Mesyuarat Agung Tahunan KOKANUN Kali Ke-31 pada 17 Jun 2000.
Namun begitu, secara praktikal-nya, menurut perangkaan oleh Bank Negara Malaysia, nilai pajak gadai Islam hanya merangkumi 15 peratus dari pasaran pajak gadai sedia ada, manakala nilai pinjaman yang ditawarkan hanyalah RM275 juta berbanding dengan jumlah nilai pinjaman sedia ada iaitu RM1.5 bilion.

Pengenalan
Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ditubuhkan atas dasar Fardhu Kifayah dan bukan atas dasar keuntungan semata-mata oleh pelaksanaannya. Antara tujuan utamanya ialah untuk menghapuskan riba atau hasil bunga (faedah) dan gharar yang dikenakan oleh pengusaha kedai pajak gadai secara konvensional. Walaupun menurut Akta Pajak Gadai 1972, had maksimum caj faedah bulanan adalah sebanyak 2.5 peratus, namun secara realitinya, jumlah yang dikenakan ialah sekitar tiga hingga empat peratus sebulan.

Skim ini memberikan kemudahan alternatif kepada kemudahan pin-jaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak dan hukum Syariah.
Skim ini beroperasi dengan memberi pinjaman ihsan sementara kepada yang memerlukan, dengan cagaran atau barang sandaran yang di-namakan ‘marhun’. Di dalam konsep ini, sesuatu barang yang berharga dijadikan sebagai cagaran yang terikat dengan hutang. Secara ringkasnya, sekiranya hutang tersebut tidak dijelaskan, maka ‘marhun’ itu tadi boleh digunakan untuk menjelaskan baki hutang tersebut.
Tujuan ‘marhun’ ini ialah untuk meyakinkan tuan punya hutang/pemiutang bahawa risiko pembayaran semula hutang tadi dapat dikurangkan. Sementara di pihak penghutang, mereka ini tidak perlu menanggung beban pembayaran semula yang tinggi, sebaliknya jalan penyelesaian terbaik telahpun dipersetujui.
Bagi hutang tadi pula, skim ini melaksanakan prinsip Al-Qardhul Hasan (bantuan ihsan), iaitu pinjaman tanpa faedah yang lebih bersifat kepada sikap tolong menolong dan bantu membantu sesama Islam.
Sementara prinsip Al-Wadiah pula ialah akad di antara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan barang gadaian tersebut.
Atas dasar Al-Wadiah inilah, skim ini akan mengenakan bayaran upah simpan selamat (safe custody fee) ke atas barang gadaian tadi.

Secara ringkasnya, skim ini tidak akan mengenakan faedah kepada pinjaman tetapi hanya mengambil upah untuk menyimpan dengan selamat ke atas barang gadaian.
Menurut perspektif Islam, skim ini memenuhi ciri-ciri berikut:
  • Bebas dari unsur-unsur riba, selari dengan kehendak dan hukum Islam.
  • Ianya berkonsepkan fardhu kifayah; iaitu membantu sesama umat yang memerlukan pertolongan.
  • Meletakkan tanggungjawab sosial ke atas peminjam dan pemberi
    pinjaman yang mana ianya hanya menggunakan konsep upah perniagaan yang dibenarkan oleh Syarak.
  • Paduan yang syumul antara sifat-sifat komersil dan amal jariah; adil dan tidak membebankan peminjam.
  • Meningkatkan sikap amanah kepada pengusaha; menyimpan
    barang gadaian tersebut dengan baik.
  • Transaksi perniagaan yang lebih telus; bersandarkan kepada harga
    semasa barang gadaian (kebiasaannya barang gadaian ialah emas).
Sementara dari perspektif pergerakan badan koperasi pula, Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini memenuhi ciri-ciri berikut :
  • Mempelbagaikan aktiviti perniagaan, yang mana ianya boleh
    mendatangkan pulangan yang baik ke atas pelaburan yang dibuat oleh koperasi.
  • Mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL) kerana semua hutang yang diberikan adalah terjamin.
  • Memecahkan monopoli pajak gadai konvensional yang biasanya
    membebankan para penggadai yang memerlukan wang.
  • Memberi pilihan pinjaman yang bebas riba’ kepada semua anggota
    koperasi khasnya dan umat Islam, amnya.
  • Membantu mereka yang terdesak atau memerlukan dengan memberikan pinjaman yang lebih mudah urusan transaksinya.
  • Meningkatkan keperibadian yang baik kepada pengusahanya; dari segi sifat amanah, jujur, telus, kemahiran dalam keilmuan dan pengurusan dan sebagainya.
Konsep, Rukun Dan Ciri-Ciri Perlaksanaan
Konsep:

Berlandas dan berpandukan kepada hukum Syariah iaitu :
  • Ar-Rahnu: mekanisma di mana sesuatu barang yang berharga dijadikan sandaran ke atas hutang. Tidak ada unsur riba’ ke atas pinjaman tetapi hanya upah menjaga barang cagaran sahaja dikenakan.
  • Al-Qardhul Hasan: pinjaman ihsan yang diberikan adalah bebas dari
    unsur riba’atau faedah.
  • Al-Wadiah: akad untuk menjaga keselamatan barang yang dicagar.
Rukun:
Rukun Ar-Rahnu terbahagi kepada:
  • Penggadai: orang yang menggadai/orang yang berhutang.
  • Penerima Gadaian: pemegang gadaian/pemberi pinjaman.
  • Barang Gadaian : barang yang berharga yang terletak di bawah
    simpanan penerima gadaian.
  • Tanggungan Gadaian: jumlah yang terhutang.
  • Sighah/Perjanjian: perjanjian berkaitan pinjaman yang diberikan atau hutang dan gadaian.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (PENGURUSAN)
Di Peringkat Ahli Exco Lembaga Pengarah
Ianya akan dikendalikan oleh Ahli Exco Lembaga yang dilantik dari kalangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK). Mereka yang dilantik ini akan menentukan hala tuju sebenar skim ini sebelum ianya dilaksanakan sepenuhnya. Antara perkara yang perlu dititikberatkan ialah:
  • Jumlah modal kerja yang akan disumbangkan.
  • Modus operandi skim ini; termasuk kumpulan sasaran.
  • Penyediaan pusat/bilik operasi; termasuk dari segi perlaksanaan dan
    pengurusan, keselamatan operasi, peralatan dan perkakasan yang
    diperlukan, insurans ke atas pekerja dan barangan yang disimpan, laporan perjalanan dan kewangan operasi dan sebagainya.
  • Kawal selia operasi.
  • Lain-lain yang berkaitan.
Peringkat Pentadbiran
Urusan pentadbiran amat penting bagi memastikan operasi harian berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Secara ringksnya adalah seperti di bawah:
  • Pengurus Operasi (Seorang)
    Pengurus Operasi bertanggung-jawab dalam menilai perkem-bangan dan pembangunan skim ini. Beliau juga bertanggung-jawab dalam melaksanakan keputusan Ahli Exco Lembaga Pengarah, memastikan sistem pentadbiran operasi mengikut perancangan, memastikan urus-niaga berlaku secara telus dan tanpa penipuan. Secara amnya, tugas ini melibatkan satu tanggungjawab yang besar.
  • Penilai (Seorang)
    Penilai bertanggungjawab untuk menilai barang gadaian (ke-biasaannya emas) mengikut nilai semasa di pasaran, menentukan kesahihan barang gadaian, kecekapan dalam menggunakan peralatan dan perkakasan dan sebagainya. Secara amnya, penilai merupakan nadi utama dalam pelaksanaan operasi skim ini.
  • Kerani Operasi (Dua Orang)
    Ditempatkan di kaunter urus niaga bagi menguruskan proses gadaian dan juga penebusan harian. Mereka ini terletak sepenuhnya di bawah tanggung-jawab Pengurus Operasi yang mengawal selia semua urusan yang terbabit dengan kewangan dan barang gadaian.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN (OPERASI)
  • Tujuan
    Memberi pinjaman bersandarkan nilai semasa di pasaran ke atas cagaran (emas).
  • Margin Pinjaman
    50 peratus nilai semasa di pasaran ke atas cagaran.
  • Kadar Upah Simpan
    RM0.60 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang kurang daripada RM1000).RM0.70 sebulan setiap RM100 nilai marhun (nilai marhun yang lebih daripada RM1000).
    * Bagi meningkatkan prestasi operasi, ianya banyak bergantung kepada ‘volume of sales’.
  • Tempoh Pinjaman
    Maksimum tempoh bayaran semula ialah enam bulan.
    Tempoh peringatan pertama akan dilanjutkan kepada dua bulan.
    Tempoh peringatan kedua/terakhir akan dilanjutkan kepada dua bulan lagi.
    * (Tempoh pinjaman: enam bulan + dua bulan + dua bulan).
  • Sekuriti/Cagaran
    Emas Tulen (bergantung kepada keadaan fizikal dan jenisnya).
  • Bayaran Balik
    Sekali gus atau ansuran (bergantung pada budi-bicara pihak pengurusan).
  • Kelulusan
    Serta-merta atau semua urusan penggadaian atau penebusan selesai.
  • Hasil Lelongan
    Barang gadaian yang tidak ditebus selepas tamat tempoh pinjaman akan dilelong mengikut harga pasaran semasa. Hasil lelongan akan ditolak pinjaman yang tidak berbayar, upah simpan dan kos-kos lain yang terbabit. Bakinya akan dipulangkan kepada penggadai.
  • Peralatan Ujikaji
    Penggunaan batu hitam, kanta pembesar dan asid.
    * Peralatan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianyaterbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
  • Perkakasan Penimbangan
    Electronic Balance dan Electronic Densimeter.
    * Perkakasan yang lebih sofistikated adalah dicadangkan namun ianya terbatas dari segi prestasi operasi, harga/kos pembelian, penggunaan yang maksimum memerlukan seorang yang terlatih dan lain-lain faktor yang terlibat.
  • Peralatan Dan Perkakasan Keselamatan
    Pejabat operasi, peti besi (dua unit), kabinet kalis api (untuk menyimpan dokumen-dokumen) dan bilik kebal.
  • Insurans
    Merangkumi insurans pengurusan wang tunai,pemindahan wang tunai, perlindungan kebakaran, perlindungan kecurian dan sebagainya.
PERMASALAHAN, HAD ATAU BATASAN
1. Secara keseluruhannya, pentadbiran dan pengurusan perlaksanaan skim ini memerlukan hala tuju yang selari dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh hukum syarak khususnya dan undang-undang awam atau pihak berwajib, amnya. Ini kerana per-laksanaan skim gadaian memerlukan pemantauan yang meluas terutamanya dari segi kewangan yang mana ianya melibatkan barangan gadaian (emas) dan juga tunai.

2. Pemilihan aset atau barangan gadaian. Ini meliputi penyenaraian jenis aset yang boleh digadaikan. Apakah hanya terhad kepada emas? Bagaimana dengan aset lain yang mempunyai harga di pasaran? Contohnya tanah, rumah, sijil-sijil saham, sijil-sijil pelaburan?


3. Penilaian aset yang terdedah kepada kemeruapan, contohnya emas, yang mana ini akan menimbulkan sedikit masalah dari segi operasi sekiranya kakitangan yang ditugaskan tidak cukup kemahiran dan latihan. Kualiti emas, rupa bentuk dan sifat fizikalnya juga memainkan peranan dalam urusan penggadaian.


4. Adakah caj marhun yang dikenakan, jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman yang diberikan kepada penggadai adalah sama? Proses ini memerlukan pertimbangan yang adil dan sewajarnya dari pihak pengurusan terutamanya Pengurus Operasi.


Semua permasalahan, had dan batasan ini hendaklah dikaji, diteliti dan diperhalusi sebelum Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu dapat dilaksanakan dengan seadilnya; baik kepada pemberi pinjaman, penggadai, masyarakat dan mereka yang berkaitan.


Namun begitu, untuk renungan bersama, permasalahan, had dan batasan di atas hanyalah sebahagian dari rangka kerja dan rangka operasi skim ini. Ianya hanya panduan kecil sebelum perlaksanaan skim ini dipertimbangkan.

KESIMPULAN
Semoga dengan adanya Skim Pajak Gadai Islam Ar-Rahnu ini, ia dapat memberi pilihan kepada masyarakat Islam, amnya dan anggota-anggota koperasi, khususnya dalam mengatasi masalah kewangan. Dengan ini, mereka yang memerlukan pinjaman segera tidak lagi terbelenggu dengan sistem pajak gadai sedia ada konvensional yang lebih bersifat menekan dan menindas. Selain dari itu, kemudahan ini selaras dengan dasar dan prinsip perjalanan sistem berkoperasi; tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Artikel dari Web majalah Angkasa

MAVORA: Membina Empayar Niaga Patuh Syariah Bersama Aafiyat

  Langkah Awal MAVORA: Membina Empayar Niaga Patuh Syariah Bersama Aafiyat Group Salam hormat buat rakan-rakan usahawan yang berwawasan. Kam...