Assalamualaikum..
Salam sejahtera.. salam emas master buat semua..
Harini Jom kita baca cerita betapa orang sanggup buat apa sahaja demi emas.. walaupun membahayakan diri dan nyawa.. MasyaAllah.
Team EmasMaster tidak mengajak anda memburu emas secara merbahaya sebaliknya mengajak anda berburu secara selamat caranya :
1- Order aja emas GCP , Public Gold atau Dinar Kelantan dari rangkaian emasmaster heheh InsyaAllah selamat.
2-Nak dapat emas percuma atau wang ?
mudah
aja.. jadilah agen atau dealer emas dapat beli emas dengan harga
murah.. dan jual mengikut harga pasaran.. dapat untung.. belilah emas
untuk pelaburan :)
Tempah maut dalam terowong
Oleh MULLER ASEN
berita@kosmo.com.my

Pengurus
Geologi North Borneo Gold, Murray Stevens memantau kawasan perlombongan
haram di kaki Gunung Tabai di Bau, Sarawak baru-baru ini.
|
KUCHING
– Meskipun lombong emas di kaki Gunung Tabai, Bau di sini sudah memakan
tiga korban, para pelombong emas haram tidak pernah serik untuk mencari
logam berharga itu sejak berbulan-bulan lalu.
Lebih
menjengkelkan, mereka bukan sahaja mencuri emas dari lombong berkenaan
bahkan sanggup pula memberi suapan kepada pekerja syarikat yang memiliki
lombong terbabit agar melindungi kegiatan mereka.
Lombong tersebut dimiliki oleh syarikat North Borneo Gold Sdn. Bhd.
Pelombong
emas haram itu yang terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing
tanpa izin langsung tidak mempedulikan soal keselamatan diri ketika
melakukan kegiatan tersebut.
Ini kerana hasil jualan emas yang diperoleh sangat lumayan.
Peralatan-peralatan
khas seperti penyodok tanah, pahat, tukul, guni serta khemah yang
dibawa menjadi penguat semangat kepada mereka untuk menggali emas
sebanyak mungkin.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO!