Sunday, 6 March 2011

Dinar Emas vs Ringgit Malaysia

http://mohasha.blogspot.com/

Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah tentang kebaikan bilamana kita mengguna sistem kewangan Islam iaitu Dinar Emas. Umum mengetahui bahawa kuasa besar ekonomi sekarang dipegang oleh negara Uncle Sam sambil dibelakangnya dibonekakan oleh yahudi laknatullah. Sekejap ekonomi naik, sekejap ekonomi merudum. Seluruh dunia bertongkatkan negara USA ini untuk 'survive' dalam bidang ekonomi.


Sistem riba yang diamalkan oleh kebanyakkan negara Barat dan juga negara Islam yang hanya pandai membontoti negara boneka yahudi itu menyebabkan ekonomi dunia sekarang terumbang-ambing. Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin. Kenapa kita tidak menggunakan sistem ekonomi Islam (Dinar Emas) yang ternyata lebih baik? Penggunaan emas sebagai mata wang lebih kukuh kerana harga emas jarang sekali turun dan naik dalam sekelip mata berbanding matawang sekarang ini. Jom kita buat perbandingan.


Contoh: Gaji Ali adalah sebanyak 3 dinar pada Jan 2009. Pada Jan 2009, 1 dinar bersamaan RM450. Kalau dalam RM, gaji Ali bersamaan 1350 dinar pada bulan itu. Katakan Ali menjual 2 dinar setiap kali menerima gajinya dan menyimpan 1 dinar. Jadi Ali mendapat RM 860.00 (430 X 2 dinar) mengikut harga beli ketika itu. Duit itu digunakan sebagai perbelanjaan bulanan.

Pada Jan 2010 pula, 1 dinar bersamaan RM550. Jadi gaji Ali pada Jan 2010 adalah sebanhyak rm1650. Seperti biasa Ali menjual dinarnya sebanyak 2 keoing dan mendapat RM 1040 )520 X 2 dinar) mengikut harga beli ketika itu dan duit itu seperti biasa untuk perbelanjaan bulanan.

Kalau nak diikutkan, gaji Ali tetap juga 3 dinar, tetapi dengan kenaikan harga emas, Ali seolah-olah mendapat kenaikan gaji sebanyak 22% dalam setahun! Dan daripada nilai dalam RM 1350, gajinya naik menjadi RM 1650. Bukankah dah naik sampai RM 300.




Bagaimana pula dengan 1 dinar yang disimpan di dalam bank setiap bulan itu? Ali menyimpan 12 keping dinar sepanjang setahun itu. Jadi jika dihitung dengan nilai semasa, 1 dinar ketika itu adalah bersamaan RM 550, jadi RM 550 X 12 keping = RM 6000!!!!

Dengan gaji pada Jan 2009 bernilai RM 1350, belanja RM 860 pada bulan itu, dalam masa yang sama boleh membuat simpanan sehingga RM 6000, bukankah itu sistem kewangan yang menguntungkan? Siapa sangka kita akan mendapat gaji tetap sebanyak 3 dinar mampu menambahkan simpanan bulanan dan meningkatkan pendapatan rumah?

"Dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilat yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas." Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid (pakar ekonomi).



Itulah kehebatan sunnah Nabi yang ditinggalkan. Mengapa budaya ekonomi Barat yang menindas manusia diagung-agungkan tetapi budaya ekonomi Islam yang adil dipandang enteng oleh kita.

Abu Bakar Ibn Abi Maryan melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda " Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (unutk digunakan) ". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...