Thursday, 8 March 2012

Ramalan Harga Emas 2012 : Harga emas jangka cecah RM6,000 satu auns ( Metro )

Assalamualaikum..
Salam emasmaster buat semua…
Seminggu dua yang lepas harga emas terus menunjukkan peningkatan yang agak ketara.. ramai juga yg dah tersenyum simpul.. heheh
Tapi pada akhir minggu ini graf harga emas terus menjunam “jatuh ketika memanjat” di harap jgan cedera parah sudah ler..

Tapi semasa membaca berita tadi terjumpa bertia baik dari metro.. Fus jika benar jangkaan tu.. INILAH MASA TERBAIK kita menambah stok emas atau memulakan pelaburan..

emas cecah RM 6000 satu auns tahun 2012 Metro 300x257 Ramalan Harga Emas 2012 : Harga emas jangka cecah RM6,000 satu auns ( Metro )
atau sms/call 017-575 0810
Facebook : EMASMASTER
*Lokasi Penajaan dan penjualan Seluruh Malaysia
Authorised Dealer GCP dan Public Gold
**PG collect barang di Cawangan / GCP Syarikat akan buat delivery
*** Harga PG ikut harga WEB harga GCP boleh diskaun lagi icon smile Ramalan Harga Emas 2012 : Harga emas jangka cecah RM6,000 satu auns ( Metro ) 
 
HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000) bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.
Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.
Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.

“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.
“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, katanya pasaran ekuiti di negara ini yang mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu, kini sudah meningkat.
“Kami mengambil pendirian ‘neutral’ mengenai pasaran ekuiti di Malaysia untuk tahun ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...