Sunday, 10 November 2013

Perkongsian pengiraan dinar emas @gold bar 1g utk simpanan pendidikan anak2 utk jangkamasa 8 thn dan 13 thn

Pertanyaaan :

Assalamualaikum.. pengedar gcp yg baik hati. mohon pertolongan perkongsian pengiraan dinar emas @gold bar 1g utk simpanan pendidikan anak2 utk jangkamasa 8 thn dan 13 thn. adakah sya perlu gunakan harga dinar skrang? macamana nk kira dgn masukkan sekali peratusan harga turun naik dlm masa bbrapa thn tu? minta pencerahan
 Jawapan :

1. Anggaran inflasi: 4% setahun
2. Harga emas bulan Jun 2012 (goldbar): RM 189.00/g (DP)
3. Anggaran kenaikan harga emas: 25% setahun
4. Kos pendidikan tahun 2012 (paling maksimum):
RM 1,800.00 X 8 semester = RM 14,400.00

5. Dengan kata lain, kos untuk menggenggam segulung ijazah pada tahun 2012 adalah RM 14,400.00.

Katakanlah anak anda lahir pada tahun 2012, anak anda akan ke kolej/universiti ketika umur 18 tahun, iaitu pada tahun 2030.


Oleh itu:
1. Anggaran inflasi dalam tempoh 18 tahun: 4 x 18 = 72% (ia sebenarnya lebih daripada ini)
2. Kos pendidikan pada tahun 2030:
RM 14,400.00 + (inflasi)
= RM 14,400.00 + (72% X RM 14,400.00)
= RM 24,768.00
3. Anggaran kenaikan harga emas dalam tempoh 18 tahun: 25% x 18 = 450%
Oleh itu, harga emas pada tahun 2030: 450% x RM 189.00/g = RM 805.50/g

Jika sejak dari tahun 2012, anda telah menyimpan 20g goldbar setahun selama 5 tahun, anda mempunyai goldbar sebanyak 100g. Dengan anggaran kenaikan harga emas adalah 25% setahun:

Tahun 1 (2012): RM 189.00 x 20g = RM 3,780.00
Tahun 2 (2013): RM 236.25 x 20g = RM 4,725.00
Tahun 3 (2014): RM 295.31 x 20g = RM 5,906.20
Tahun 4 (2015): RM 369.14 x 20g = RM 7,382.80
Tahun 5 (2016): RM 461.43 x 20g = RM 9,232.60

Jumlah nilai 100g goldbar yang telah dibeli = RM 31,026.60

Pada tahun 2030, 100g goldbar bernilai RM 805.50 x 100g = RM 80550.00. Cukup untuk menampung 3 orang anak ke kolej/universiti.



More : http://emasmaster.com/tips-emas-bagaimana-mengelak-daripada-ptptn-untuk-pendidikan-anak-anda/

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...