“Orang kita suka emas,” – Dr Rukhaidah tegas Quantum Metal bukan scammer, sudah 13 tahun dalam pasaran dan sukses dengan jualan RM3 bilion setahun
Oleh Noni Wahab -May 7, 2023
Setiap pelaburan tetap ada risiko, tegas Pengasas dan Pengerusi Angel Group Creative Financial Solution, Dr Rukhaidah Abd Karim.
Menolak dakwaan segelintir pihak pelaburan emas adalah scammer, ulasnya Quantum Metal (QM) merupakan sebuah syarikat jual beli emas secara dalam talian dan sudah 13 tahun berada di pasaran.
Malah katanya, QM mendapat pengiktirafan patuh syariah daripada badan antarabangsa dan tempatan dan telah menjalin kerjasama dengan empat bank utama Malaysia.
“QM sudah bertahan lebih daripada 13 tahun dan mendapat pengiktirafan patuh syariah daripada badan antarabangsa dan lokal dan empat bank utama Malaysia sudah bekerjasama dengan kami. Jika kami adalah scammer, bank tidak akan bersetuju untuk jalinkan kerjasama kerana banyak kertas kerja dan dokumen diperlukan sebagai pengesahan validiti sesebuah syarikat.
“Jika siapa yang katakan QM scam, mungkin mereka bukan berada dalam industri. Jika mereka mahu tahu lebih terperinci, seharusnya bertanya kepada pakar,” ujar Dr Rukhaidah.
Tambahnya lagi, faktor tiada ilmu dan nak cepat kaya menyebabkan ramai terperangkap dengan skim pelaburan yang salah.
“Orang kita suka emas dan sebab itu ramai yang kena tipu kerana tiada ilmu dan nak cepat kaya. Jadi emas yang ada di pasaran majoritinya menggunakan sistem yang sama, beri pulangan. Namun dalam QM, kaedah yang digunakan hanya jual beli emas. Dekat mana kita untung? Dari kenaikan harga emas.
“Cuma QM menyediakan platform gadaian dan gandaan yang tiada pada produk lain. Dan buktinya, dari tahun 2019 hingga sekarang, kami untung lebih daripada 1000 peratus setahun,” katanya kepada Wanita.
Jelas Dr Rukhaida lagi, setiap pelaburan tetap ada risiko dan tiada jaminan pulangan keuntungan andai tiada ilmu.
“Risiko pada QM adalah masa. Jika mampu beli masa, anda tidak akan rugi. Maksudnya jangan tergesa-gesa menjual emas sewaktu harga tengah turun. Jika anda ada emas, tunggu sehingga masa terbaik untuk menjualnya kembali di pasaran, barulah ada untung. Dan di QM, kami menjual beli jongkong emas 999.
“Jika bercakap hal pelaburan, tiada satu pun pelaburan tiada risiko dan jaminan. Jika simpanan, ia akan dilindungi PIDM sehingga RM200,000 namun untuk pelaburan, tiada gerenti.
“Namun untuk memberi keyakinan kepada anda, QM merupakan syarikat patuh syariah dan berdaftar dengan AMLA Bank Negara,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Angel Group baru-baru ini.
Sehingga kini lebih 500,000 peserta telah menyertai QM di Malaysia di mana Angel Group turut menjalankan kelas secara percuma untuk mendidik masyarakat akan kepentingan emas.
“Kami turut menjalankan kelas untuk awareness bagi mendidik masyarakat kepentingan emas, bagaimana mengenali emas itu tulen atau tidak dan platform itu sah atau tidak. Dan syukur jumlah yang menyertai QM kini lebih daripada 500,000 orang di seluruh Malaysia.
“Sifat emas ini kita beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Dan kita tidak boleh janjikan pulangan kepada pelanggan harga yang tinggi kerana harga emas berubah setiap hari. Dan untuk mendapatkan untung emas, kita harus menjualnya ketika harga sedang baik,” ulasnya.
Terdahulu, empayar Angel Group Berjaya dengan peningkatan pelanggan kepada lebih 250,000 dengan penjualan RM3 bilion dalam masa satu tahun.
Kini QM Membuka Peluang kepada semua untuk daftar percuma https://bit.ly/freeregisterqm
No comments:
Post a Comment