Berikut perkongsian Nurizaty M. Nor Bagaima beliau menabung untuk membantu Ibu dan Ayah beliau mengerjakan haji.. Jom kita belajar moga membawa kebaikan yg banyak..
๐Bismillah ๏ทบ ๏ทด๐
"EMAS SEBAGAI DANA HAJI UNTUK MA"
Saya nak share sedikit cerita saya. Saya ada 1 impian. Saya nak hantar Ma Abah saya menunaikan haji ke Mekah. Maka menabung lah saya dalam Akaun ASB dan Tabung Haji. Pendek cerita tak berjaya sebab bila nampak banyak saya korek balik. Ada masalah kewangan, korek lagi.
Simpan korek, simpan korek!
Arghh..tak boleh jadi.
Sehingga lah saya ubah cara simpan saya dalam bentuk emas.
5/5/2018 saya buat komitmen belian 10 dinar secara #EPP.
Paksa diri bayar 10 bulan.
Benar kata mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie, "Tak Paksa Tak Jadi"
Alhamdulillah. Selesai bayar 10 bulan. Saya collect 10 dinar di Cawangan Public Gold Ipoh, PG Ipoh.
Pada kepingan 10 dinar itu, saya lekatkan tarikh beli, harga & matlamat " Biaya haji Ma Abah".
Tahun 2023 - Ma saya dapat panggilan haji. Alhamdulillah.
Tiba lah masanya saya jual 10 dinar itu.
Mei 2018 - 10 dinar bernilai RM7630
Mei 2023 - 10 dinar bernilai RM13k+++
Ya Allah Syukur sangat. Saya jual 10 dinar pada PG, dapat RM12,086.
Pertambahan hampir RM5k dalam tempoh 5 tahun.
7 April 2023 (16 Ramadhan ) - duit RM12,086 masuk ke Akaun saya.
Alhamdulillah.
Seterusnya, saya kongsi cara saya transfer ke akaun Tabung Haji Mak saya.
Mengejar keberkatan Ramadhan.
Saya transfer RM1k setiap 10 malam terakhir Ramadhan ke Akaun TH ibu saya. Setiap malam dengan niat mengejar pahala malam Lailatul Qadar.
Semoga Allah izin saya beroleh pahala 1000 bulan Lailatul Qadar. Aamiinnn ya Rabbal 'Alamin.
Sekadar perkongsian ikhlas,
Nurizaty M. Nor
#emasdanahaji #TestimoniPenyimpanEmas
No comments:
Post a Comment