Sunday, 6 March 2011

Wow! Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.
14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.
15. Emas adalah logam peralihan.
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia.
Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
Kekerasan
Kekuatan
Sifat kelogaman(metallugical)
Suhu lebur
Perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat:-
1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
sumber:bulliondinar.com

KENAPA PERLU PILIH EMAS PUBLIC GOLD (PG)?

Ni soalan popular yang saya terima daripada penggemar emas baru:


KENAPA PERLU PILIH EMAS PUBLIC GOLD (PG)?
jawapannya:
  1. Emas PG adalah emas yang betul-betul tulen dan disahkan oleh assayer bebas yang bertauliah oleh Bank Negara Malaysia - link
  2. Mempunyai sijil ketulenan emas yang disertakan semasa pembelian emas dan disahkan oleh assayer yang bertauliah - contoh link
  3. Mudah diperolehi dan stok sentiasa ada setiap masa
  4. Boleh tempah dan beli emas 24 jam sehari dan 7 kali seminggu serta di mana-mana sahaja dalam pelbagai item yang ditawarkan - link
  5. Harga emas PG jauh lebih rendah daripada harga-harga emas lain di Malaysia - link 1
  6. Syarikat pengeluar emas pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records - link 1, link 2 
  7. Mendapat kebenaran khas oleh Bank Negara Malaysia - link
  8. PG membeli balik semua jenis emas PG menggunakan harga WE BUY
  9. PG membeli balik semua jenis emas PG sama ada kemek, bengkok, calar dan sebagainya selagi tidak hilang nilai timbangan emas tersebut
  10. PG membeli balik semua jenis emas PG yang telah kehilangan Certificate of Authenticity
  11. Perbezaan harga belian emas dan harga jualan emas yang paling rendah di Malaysia - link
  12. Boleh memilik emas fizikal (bukan SKIM CEPAT JATUH MISKIN) - link 1, link 2, link 3
  13. Cantik dan boleh dijadikan hadiah dan barangan hantaran perkahwinan - link
  14. PG mempunyai reputasi yang terbaik di Malaysia - link
  15. PG banyak memenangi anugerah - link 1, link 2
  16. Emas PG mempunyai pembeli dan peminat paling ramai di Malaysia - contoh link
  17. PG mempunyai DEALER / MASTER DEALER paling ramai di Malaysia

APA KELEBIHAN MEMBELI EMAS DARI PUBLIC GOLD


*www.emasmachang1.com*

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa kelebihan emas di PublicGold sepertimana yang saya alami. Sepertimana post-post terdahulu, ianya merupakan perkongsian maklumat berdasarkan apa yang saya alami untuk memaklumkan pembaca sekalian kepentingan memiliki EMAS untuk masa hadapan. Yang pasti.. kalau tuan/puan tidak membuat sebarang tempahan pun.. saya sudah memiliki EMAS dan NILAInya tetap meningkat dari hari ke hari. Sebab itu lah Taukeh Kedai Emas tiada yang 'OUT OF BUSINESS' atau gulung tikar.

1. DIJUAL PADA HARGA PASARAN

Harga jualan emas di PG adalah mengikut pasaran dunia dan ianya berubah setiap 20 minit. Secara purata terdapat 72 Harga Emas di PG dalam sehari (60 min/20 min X24 jam/hari). Contoh>Permerhatian pada 27 Oct 2010 : Dlm sehari harga 20g Bar boleh naik setinggi RM3020++ dan turun serendah RM2988. Jika berminat, hubungi Zamri 019-986 4491 dan sebagai Dealer PG saya akan monitor dan cadangkan harga terbaik untuk anda.

2. JAMINAN BELIAN BALIK

Untuk setiap emas yang anda beli dari PG, anda boleh jual kembali dengan mudah. Sama ada terus kepada PG atau mana-mana dealer. Saya cadangkan agar anda hubungi saya, Zamri 019-986 4491 sekira berminat untuk menjual emas anda semula. Kami menerima emas PG walaupun kemek, tercalar, dibuka plastik, cuma perlu dipastikan berat emas sepertimana yang sepatutnya.

3. 'Spread" HARGA YANG KECIL

'Spread' adalah beza nilai antara Harga Belian anda ("We Sell" PG) dan Harga Jualan Balik Anda ("We Buy" PG) dan ianya adalah kecil di PG.Llebih kurang 6-7% berbanding dengan belian emas dari kedai emas yang mana 'spread' mencecah 25%. APAKAH KELEBIHAN SPREAD YG KECIL ??

Dengan 'Spread' yang kecil anda tidak perlu tunggu lama untuk mendapat keuntungan. Pelanggan pertama saya membeli 20g Bar pada 20/7/2010 dengan harga RM 2,771 dan sekiranya beliau ingin menjual pada 29/7/2010 (7:40 am) ianya pada RM2,854. Dalam masa 3 bulan lebih pelaburan beliau sudah memberikan pulangan RM84 (sekiranya dijual). Namun perlu diingatkan pelaburan emas adalah lebih menguntungkan untuk jangka masa yang panjang (3thn, 5 thn, 10 thn lagi wow !!)

4. BOLEH MONITOR /PILIH HARGA SENDIRI


Kelebihan ini yang paling saya suka. KENAPA?? Kerana dengan ketekunan, kesabaran, sedikit kebijaksanaan, kemudahan internet + DEALER (hubungi saya Zamri 019-9864491), anda boleh melihat turun naik harga emas 24 jam setiap hari. Sekiranya berhajat untuk membeli emas, saya sarankan anda monitor harga emas untuk tempoh 2-3 hari bagi mendapatkan gambaran pergerakan harga dan dari situ anda boleh membuat keputusan 'range' harga yang anda kehendaki. Sepertimana yang saya nyatakan dalam (1) dengan kebijaksanaan anda, anda boleh membeli pada harga yang terendah untuk hari tersebut.

Saya berpendapat, perubahan harga tidak meletakkan pelaburan anda dalam risiko yang tinggi, kerana pada harga yang mana pun, anda memperolehi nilaian (Berat/kejituan) emas yang sama. cuma untung lah kalu dapat beli pada harga yang lebih rendah..

Seperkara lagi, dalam perniagaan emas ni.. kita jangan terlalu tamak. Maksud saya, apabila harga tersebut bersesuaian dengan bajet anda 'lock' saja kerana sekiranya anda menunggu untuk harganya turun lagi takut nanti ianya terus melonjak naik. "Nak jimat RM2, takut nanti anda rugi RM5"..

Dinar Emas vs Ringgit Malaysia

http://mohasha.blogspot.com/

Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah tentang kebaikan bilamana kita mengguna sistem kewangan Islam iaitu Dinar Emas. Umum mengetahui bahawa kuasa besar ekonomi sekarang dipegang oleh negara Uncle Sam sambil dibelakangnya dibonekakan oleh yahudi laknatullah. Sekejap ekonomi naik, sekejap ekonomi merudum. Seluruh dunia bertongkatkan negara USA ini untuk 'survive' dalam bidang ekonomi.


Sistem riba yang diamalkan oleh kebanyakkan negara Barat dan juga negara Islam yang hanya pandai membontoti negara boneka yahudi itu menyebabkan ekonomi dunia sekarang terumbang-ambing. Yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin. Kenapa kita tidak menggunakan sistem ekonomi Islam (Dinar Emas) yang ternyata lebih baik? Penggunaan emas sebagai mata wang lebih kukuh kerana harga emas jarang sekali turun dan naik dalam sekelip mata berbanding matawang sekarang ini. Jom kita buat perbandingan.


Contoh: Gaji Ali adalah sebanyak 3 dinar pada Jan 2009. Pada Jan 2009, 1 dinar bersamaan RM450. Kalau dalam RM, gaji Ali bersamaan 1350 dinar pada bulan itu. Katakan Ali menjual 2 dinar setiap kali menerima gajinya dan menyimpan 1 dinar. Jadi Ali mendapat RM 860.00 (430 X 2 dinar) mengikut harga beli ketika itu. Duit itu digunakan sebagai perbelanjaan bulanan.

Pada Jan 2010 pula, 1 dinar bersamaan RM550. Jadi gaji Ali pada Jan 2010 adalah sebanhyak rm1650. Seperti biasa Ali menjual dinarnya sebanyak 2 keoing dan mendapat RM 1040 )520 X 2 dinar) mengikut harga beli ketika itu dan duit itu seperti biasa untuk perbelanjaan bulanan.

Kalau nak diikutkan, gaji Ali tetap juga 3 dinar, tetapi dengan kenaikan harga emas, Ali seolah-olah mendapat kenaikan gaji sebanyak 22% dalam setahun! Dan daripada nilai dalam RM 1350, gajinya naik menjadi RM 1650. Bukankah dah naik sampai RM 300.




Bagaimana pula dengan 1 dinar yang disimpan di dalam bank setiap bulan itu? Ali menyimpan 12 keping dinar sepanjang setahun itu. Jadi jika dihitung dengan nilai semasa, 1 dinar ketika itu adalah bersamaan RM 550, jadi RM 550 X 12 keping = RM 6000!!!!

Dengan gaji pada Jan 2009 bernilai RM 1350, belanja RM 860 pada bulan itu, dalam masa yang sama boleh membuat simpanan sehingga RM 6000, bukankah itu sistem kewangan yang menguntungkan? Siapa sangka kita akan mendapat gaji tetap sebanyak 3 dinar mampu menambahkan simpanan bulanan dan meningkatkan pendapatan rumah?

"Dinar emas digunakan sebagai alat pertukaran mata wang paling selamat sekiranya berlaku ketidakstabilan politik dan pasaran. Dinar emas mempunyai nilat yang tetap dan boleh dijadikan simpanan tanpa memikirkan kehilangan nilai dan kuasa beli seperti wang kertas." Datuk Mohd. Salleh Abdul Majid (pakar ekonomi).



Itulah kehebatan sunnah Nabi yang ditinggalkan. Mengapa budaya ekonomi Barat yang menindas manusia diagung-agungkan tetapi budaya ekonomi Islam yang adil dipandang enteng oleh kita.

Abu Bakar Ibn Abi Maryan melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda " Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (unutk digunakan) ". Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Picture

sepuluh 10 dinar public gold







 Metal


Au  
 Berat (g)

42.50  
 Diameter (mm)

38  
 Ketebalan (mm)


2.18  
 Ketulenan


916 @ 22 karat




lima 5 Dinar Public Gold


 Metal

Au
 
 Berat (g)
21.25
 
 Diameter (mm)
32
 
 Ketebalan (mm)

1.50
 
 Ketulenan

916

Public Dinar Daily Price

DinarWe SellWe Buy
1 dinarRM 661.00RM 621.00
5 dinarRM 3293.00RM 3112.00
10 dinarRM 6556.00RM 6228.00
Last updated 06/03/11 7:20 PM

MAVORA: Membina Empayar Niaga Patuh Syariah Bersama Aafiyat

  Langkah Awal MAVORA: Membina Empayar Niaga Patuh Syariah Bersama Aafiyat Group Salam hormat buat rakan-rakan usahawan yang berwawasan. Kam...