Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam Emas dari EmasMaster.
Alhamdulillah bulan april ni melonjak-lonjak harga emas, memang ‘syok gila’ bagi yang sempat membeli di awal bulan atau pada bulan Feb @ mac lalu.. kelmarin dan hari ini pasti tersenyum melihat kenaikan mendadak harga di pasaran dunia .Tetapi sebagai tazkirah untuk kita bersama.. “Keuntungan Dunia bukanlah matlamat utama hidup kita.. tetapi keuntungan di dunia yang dapat kita bawa ke akhirat adalah matlamat utama hidup kita”
Di kesempatan kali ini Emas Master ingin berkongsi cerita dan kira-kira kelebihan menyimpan emas berbanding wang tunai @ saham.
Melabur di saham-saham halal pun banyak kelebihan tetapi di sini EmasMaster ingin berkongsi kelebihan emas bedasarkan kira-kira mudah (jika ada kesilapan jangan malu2 untuk betulkan
KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS BERBANDING WANG @ ASB
Kira-kira ini berdasarkan pengalaman EmasMaster sendiri.
1- Keluarkan wang RM 3171 membeli 20gram emas PG.
Tak sampai sebulan nak pakai duit, tetapi duit telah digunakan membeli emas. Jika jual segera pasti rugi kerana harga we buy PG -5% (rugi -+ 158 tu..) so pergi cari al-Rahnu
2- Pajakkan Emas 20g di al-Rahnu Agro Bank (Ar-AG) *gambar ada di bawah
Emas dinilai Ar-AG RM3316
Dapat Cash RM 2300 *pinjaman
Upah Simpan Rm 149.22 /6 bln (sebulan rm 24.87)
3- Dapat duit RM2300 terus pi beli Penapis Ayaq heheh so clea la duit tu booo liaw
4- kalau nak bayaq bulan-bulan rm 383.33 x6 bulan
*kalu bayaq setiap bulan cukup 6 bln p bayaq upah aja dan ambil balik emas tu
—————————————————————————— Adakah rugi buat begini ?
Pada pendapat saya tidak rugi kerana :
1- Emas itu masih ada nanti boleh jual
2- Memang nak menggunakan duit masa tu.
Mari kita kira proses membuat untung.
1- Setelah cukup 6 bln pergi bayar 149.22 dan re new surat pajak 6 bln lagi untuk jadikan setahun.
*Jika ada duit dan nak bayar balik 2300 lg bagus.. tp kalu tiada jgn jual emas lagi tunggu…
2- Apabila cukup setahun. Semasa harga best jual. Biasanya setahun EMAS akan naik 35-45% sila rujuk graf kitco atau post yg lepas klik la disini emas setahun untung lebih 35%
Mari Kita kira andaian kenaikan selepas setahun :
harga masa Beli rm3171 + 30% kenaikan = 4122.3
RM4122.3
- 2300 *pinjaman dari ar-rahnu
- 149.22 *upah simpan yg pertama
-149.22 *upah simpan yang kedua
Baki cash di tangan : RM 1523.86
mari kita tengok cash dari emas td : baki cash 1523.86 + 2300 cash pinjam = rm3823.86
Berapa untung ? cash 3823.86 – 3171 modal = RM 652.86 untung bersih dari modal 3171 yg kita guna 2300 tadi.
———- JIKA KITA beli dan simpan sahaja *tiada isu mahu guna duit. JGN LETAK di ar-Rahnu. lagi untung.
modal rm 3171 + 30% kenaikkan selepas setahun = rm 4122.3
4122.3 – 3171 *modal = RM 951.3 Untung bersih
——————- Compare dengan wang di bank atau ASB
ASB :
3171 * SIMPAN SETAHUN
+ BONUS 8%
= 3171 + 8% = rm 3424.68
3424.68 – 3171 *modal pokok = RM253.68 UNTUNG.
* emas jika tidak di letak di al-Rahnu Untung RM 951.3
beza untung (RM 697.62) <- untung lebih banyak ini jika simpan emas
——————————————- KES GUNA DUIT vs Ar-Rahnu
ASB :
ada rm3171 dan di keluarkan rm2300 untuk kegunaan apa-apa saja.
Baki rm 871
Cukup setahun dapat bonus 8%
so : 871 + 8% = RM 940.68
Berapa untung : 940.68 – 871 *pokok = RM 69.68 sahaja untung setahun
EMAS :
ada rm 3171 beli emas 20g.pajak di al-Rahnu dapat guna cash 2300
Setelah setahun. jual emas di al-Rahnu dan ditolak semua kos seperti di atas
Kita masih untung RM 652.86
Jika wang atau asb hanya untung 69.68
Berapa beza ? 652.86- 69.68 = RM 583.18 satu perbezaan yang amat ketara !!!
Fikir fikir kan….
No comments:
Post a Comment