Thursday, 2 June 2011

FATWA BERKAITAN EMAS : Hukum menjual barang hiasan yang dibuat daripada emas dan perak secara tangguh.




Menjual Barang Hiasan Daripada Emas Dan Perak



Huraian Tajuk/Isu:



Keputusan:

Sah menjual barang hiasan yang dibuat daripada emas dan perak secara tangguh.



Keterangan/Hujah:

Kerana muamalah secara tangguh ini telah menjadi kelaziman dan keperluan (diterima umum) hidup manusia dan tidak mengakibatkan penipuan atau perkara-perkara lain yang menyebabkan berlakunya perseteruan.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

FATWA BERKAITAN EMAS : Kadar emas dijadikan perhiasan

Kadar emas dijadikan perhiasan


Keputusan:



Mesyuarat bersetuju bahawa kadar/had emas yang dijadikan perhiasan atau pakaian yang diharuskan dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-syarat dan melebihinya had yang sepatutnya pada "uruf orang yang setanding atau sepadan dengannya. Adapun emas perhiasan atau pakaian yang tidak diharuskan yakni yang makruh atau haram maka apabila sampai 20 mithqal atau lebih wajib dikeluarkan zakat dengan syarat-syaratnya.



Status Penwartaan: Tidak Diwartakan



Penetapan Semula Kadar 'Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Melaka Dan Kaedah Pengiraan Zakat Ke Atasnya




Keputusan:



a) Menetapkan bahawa kadar ‘urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar ‘urf tersebut (tanpa penolakan);



b) Meminda para 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak;



Status Penwartaan: Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 6 Jan, 2011

Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/09;PUNM.700-02/40

Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002





Kajian Semula Mengenai Penetapan Kadar Uruf Emas Perhiasan Di Negeri Melaka dan Kaedah Pengiraannya



Huraian Tajuk/Isu:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :



a) Menetapkan bahawa kadar 'urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar 'urf tersebut (tanpa penolakan);



b) Meminda pada 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan





Mohon pandangan mengenai zakat perhiasan wanita




Keputusan:



Mesyuarat membuat keputusan : peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1427 bersamaan 21 Mei 2006 butiran 3.4 dipinda dan adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju bahawa perhiasan emas wanita ( الحلى ) tidak dikenakan zakat selagimana ia tidak melebihi kadar uruf bagi wanita-wanita Islam yang dianggarkan seberat 850 gram atau nilaian harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.



Status Penwartaan: Tidak Diwartakan


Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
 Lihat Graf-Graf Bukti di Sini
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

FATWA BERKAITAN EMAS : HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA

Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
 Lihat Graf-Graf Bukti di Sini
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

FATWA BERKAITAN EMAS : Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Keputusan:



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Hukum Lelaki Memakai Emas Putih. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki .

Keputusan (English):



The Ruling Of Man Wearing White Gold



Decision:



The 52nd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 1st July 2002 has discussed the ruling of men wearing white gold. The committee has decided that men are prohibited from wearing white gold.



Keterangan/Hujah:



Emas Putih adalah campuran logam emas dengan logam-logam lain dalam kuantiti yang berbeza-beza.



Emas Putih adalah pancalogam yang berbeza dengan platinum walaupun dari segi warnanya sama iaitu putih. Hakikatnya logam platinum tidak mempunyai unsur emas.



Jabatan Mufti Selangor telah memfatwakan bahawa hukum haram memakai emas putih sekiranya kandungan emasnya melebihi 50%.


Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
 Lihat Graf-Graf Bukti di Sini
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

Kajian Semula Mengenai Penetapan Kadar Uruf Emas Perhiasan Di Negeri Melaka dan Kaedah Pengiraannya

Huraian Tajuk/Isu:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :



a) Menetapkan bahawa kadar 'urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar 'urf tersebut (tanpa penolakan);



b) Meminda pada 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak.



Status Penwartaan: Tidak Diwartakan


Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
 Lihat Graf-Graf Bukti di Sini
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

FATWA BERKAITAN EMAS : Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas Secara Ansuran / Hutang




Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas 
Secara Ansuran / Hutang

Keputusan:
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.

Alhamdullillah fatwanya :

" Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) adalah harus mengikut hukum syara' ".


والله أعلم بالصواب
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
 Lihat Graf-Graf Bukti di Sini
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

Wednesday, 1 June 2011

Berita emas : kitco jangka harga emas akan mula melonjak minggu ini (mulai akhir mei 2011)

Assalamualaikum..
Salam sejahtera..
Salam Emas Master buat semua

Alhamdulillah.. dalam sibuk2 uruskan beby baru sempat juga menjengah isu di kitco news.. itupun kawan yang letak di wall facebook dia.. tenkiu2

Nak tau ape cerita dalam kitco tu.. nanti baca picture di bawah ni.
Sebelum tu diucapkan tahniah pada dealer2 baru yang sempat masuk dgn pakej rm600.. mulai hari ini sesiapa yang berminat menjadi dealer jgn risau.. sbb peluang masih terbuka luas kerana pendaftran masih di buka tetapi dengan modal RM 5000 (4ribu belian emas + 1000 yuran pendaftaran) masih bebaloi dan amat murah berbanding syarikat-syarikat lain. Lihat info di sini

ok, kembali kepada isu di kitco.

Baru2 ni kitco ada membuat survey berkaitan harga emas, Pihak yg menjadi responden adalah terdiri pelabur emas yg labur billion2 punya, pengannalisis data dan bank perdagangan yang menjadi pemain utama emas dunia.

Berdasarkan jawapan mereka “EMAS AKAN MULA MENINGKAT DAN MELONJAK AKHIR MEI”
mereka membuat andaian ini berdasarkan beberapa faktor :

1- Kelemahan dan kejatuhan dolar
2-Masalah hutang dan ketidak tentuan ekonomi eropah
Kerana dua faktor ini syarikat-syarikat besar akan mencari alternatif bahkan mencari jalan bagi menyelamatkan asset mereka dari di baham inflasi wang fiat.
So sesiapa yang mempunyai wang fiat banyak-banyak dalam bank tu.. boleh la menukar dan menyimpannya dalam bentuk emas fizikal.. heheh

Tapi emas ni memang ada masa melambung naik dan menyusut nilainya..
cuma secara purata harga emas adalah kekal tinggi dan sentiasa meningkat berbanding wang kerana nilai wang sentiasa susut samada secara ketara atau tidak sahaja kerana dimakan inflasi.
Emas dan tanah InsyaAllah sentiasa meningkat harganya icon smile berita emas : kitco jangka harga emas akan mula melonjak minggu ini (mulai akhir mei 2011)


emas melonjak lg 300x218 berita emas : kitco jangka harga emas akan mula melonjak minggu ini (mulai akhir mei 2011)
kitco ramalan harga emas
Jom jual emas

Advertisement Advertisement
Advertisement Advertisement

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...