Thursday 2 June 2011

FATWA BERKAITAN EMAS : Kadar emas dijadikan perhiasan

Kadar emas dijadikan perhiasan


Keputusan:



Mesyuarat bersetuju bahawa kadar/had emas yang dijadikan perhiasan atau pakaian yang diharuskan dikenakan zakat apabila memenuhi syarat-syarat dan melebihinya had yang sepatutnya pada "uruf orang yang setanding atau sepadan dengannya. Adapun emas perhiasan atau pakaian yang tidak diharuskan yakni yang makruh atau haram maka apabila sampai 20 mithqal atau lebih wajib dikeluarkan zakat dengan syarat-syaratnya.



Status Penwartaan: Tidak Diwartakan



Penetapan Semula Kadar 'Uruf Pemakaian Emas Di Negeri Melaka Dan Kaedah Pengiraan Zakat Ke Atasnya




Keputusan:



a) Menetapkan bahawa kadar ‘urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar ‘urf tersebut (tanpa penolakan);



b) Meminda para 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak;



Status Penwartaan: Diwartakan

Tarikh Diwartakan: 6 Jan, 2011

Nombor Rujukan: JMM/BFB(S)/351/255/02/09;PUNM.700-02/40

Akta/Enakmen: Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002





Kajian Semula Mengenai Penetapan Kadar Uruf Emas Perhiasan Di Negeri Melaka dan Kaedah Pengiraannya



Huraian Tajuk/Isu:

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut :



a) Menetapkan bahawa kadar 'urf pemakaian emas perhiasan bagi wanita Islam di Negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram; manakala zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5 peratus daripada nilai emas perhiasan yang melebihi kadar 'urf tersebut (tanpa penolakan);



b) Meminda pada 9(i) Warta Kerajaan Negeri Melaka bertarikh 19 November 2009 mengenai fatwa zakat harta di bawah tajuk zakat emas dan perak.

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan





Mohon pandangan mengenai zakat perhiasan wanita




Keputusan:



Mesyuarat membuat keputusan : peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Rabiul Akhir 1427 bersamaan 21 Mei 2006 butiran 3.4 dipinda dan adalah seperti berikut : Mesyuarat bersetuju bahawa perhiasan emas wanita ( الحلى ) tidak dikenakan zakat selagimana ia tidak melebihi kadar uruf bagi wanita-wanita Islam yang dianggarkan seberat 850 gram atau nilaian harga semasa yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.



Status Penwartaan: Tidak Diwartakan


Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
 Lihat Graf-Graf Bukti di Sini
Kaaba Mirror Jimatnya pergi Umrah dan Haji dengan Dinar Emas
Teknik Haji Jimat Dengan Dinar / Emas * Teknik Dinar
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)

No comments:

Post a Comment

Boss Bank pun join Quantum Metal memang terbaik

 Jika boss RHB, Bank Muamalat Dan Affin Bank sendiri dah join QM, apa yg nak dikatakan lagi. Nak join? Tekan link ini untuk Pendaftaran Perc...