Huraian Tajuk/Isu:
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai hukum lelaki memakai cincin suasa.
Keputusan:
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :
'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 membuat keputusan menagguhkan perkara ini bagi mendapat kajian yang lebih lanjut dan terperinci sebelum hukum diputuskan '.
*kertas kerja ini telah dibawa ke Muzakarah Fatwa Kebangsaan untuk keputusan lanjut.
Keterangan/Hujah:
2. LATAR BELAKANG
2.1 Dari al-Barra bin Azib r.a, dia berkata : Rasulullah memerintahkan kepada kami 7 dan melarang kepada kami dari 7 perkara pula : Beliau memerintahkan kami untuk mengiringi jenazah, melihat orang sakit, memenuhi undangan, menolong orang yang dizalimi, mendukung sumpah/orang yang bersumpah dan membalas salam, menyebarkan salam dan mendoakan orang bersin. Beliau melarang kita memakai wadah dari perak, cincin emas, sutera, pakaian yang berlapis sutera tipis, pakaian yang diperbuat dari cotten dan sutera, pakaian yang berlapis sutera tebal dan tutup pelana dari sutera.
2.2 Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Nabi s.a.w memaki cincin dari emas atau perak dan menempatkan muka cincin itu dekat tapak tangan beliau, dan di dalamnya dilukiskan "Muhammad Rasulullah". Maka orang-orang memakai cincin seperti yang beliau pakai. Ketika beliau melihat mereka memakainya, maka beliau melemparkan cincin beliau itu dan berkata : Aku tidak akan memakai selamanya, lalu beliau memakai cincin dari perak pula. Berkata Ibnu Umar: Orang yang memakia cincin itu setelah Nabi s.a.w adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman sehinggalah cincin Uthman ini jatuh disumur aris.
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Info Emas
Jangan Buang Masa Anda.
Harga Emas Sentiasa Naik*..
(Zakat Emas Labur Saham Akhirat)
No comments:
Post a Comment