Saturday, 24 December 2011

Pajak Rantai Tangan GCP di ar-rahnu Agro Bank

Assalamualaikum..

Salam emas master buat semua..

Alhamdulillah di kesempatan ini emasmaster ingin berkongsi cerita pajak terbaru rantai tangan GCP di arrahnu.

Oleh kerana emas 999 GCP dalam bentuk barang kemas.. so tidak susah untuk di pajak di mana-mana arrahnu..

tetapi emasmaster lebih suka pajak di Agro bank kerana upah simpan yang murah dan urusan pajak dan tebus yang mudah.

Dimudahkan cerita..butiran pajakan adalah seperti berikut :

Barang                  : 10.69 gram rantai tangan GCP

Nilai Marhum     : rm2127

Pinjaman dapat : rm1500

Upah Simpan     : rm97.65 6 bulan (sebulan RM 16.27)

Ketulinan            : SOLID GOLD 24k @ 999

 

Tarikh Gadai  : 19-11-11

Tarikh Matang : 9-5-12

Jika nak bayar Ansuran bulanan : rm250

Apa yang lebih menarik semasa pajakan ini adalah :

1-Berat yang ditimbang tepat dengan yang arrahnu agro timbang

2-Kualiti emas yang diberi oleh arrahnu adalah 24k . Memang tidak dinafikan kadang-kadang rantai emas 24k @ 999 ketika dipajak.. boleh down grade kepada 23k dll

Hal ini mungkin kerana gelembung2 udara yang ada pada ukiran atau lengkuk-lengku rantai tersebut atau mungkin kerana asid yang agak lama tidak berkocak.. dan tak mustahil barang tersebut memang berkualiti 23k. Wallahuaklam.

berikut adalah contoh resit yang emas master ada :

pajak Rantai 999 GCP 217x300 Pajak Rantai Tangan GCP di ar rahnu Agro Bankpajak Rantai 999 GCP di agro bank


View the original article here

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...