Wednesday, 13 March 2013

Berita : Awas! Penipuan Kewangan Melibatkan Pelaburan Emas


Salam, saya ingin memetik daripada majalah Ringgit keluaran bersama Gabungan Persatuan-persatuan pengguna Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa.
Anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta meneliti kesan-kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.

Ramai pelabur yang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh penganjur kerana ingin menjadi “Cepat Kaya”.

Sejak kebelakangan ini, jenis skim cepat kaya yang kerap dilaporkan ialah Skim Pelaburan Emas. Pada kebiasaannya, pengendali menjalankan skim pelaburan emas dengan menggunakan syarikat perniagaan atau syarikat sendirian berhad (syarikat).

Syarikat memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee) atas setiap skim pelaburan emas yang dijalankan. Jaminan pembelian balik tersebut mengakibatkan skim pelaburan emas yang dijalankan mempunyai elemen-elemen pengambilan deposit haram yang melanggar peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

=============
ANDA INGIN MEBELI EMAS DENGAN HARGA TERBAIK ATAU ANDA INGIN BERNIAGA EMAS HUBUNGI ADMIN

add%2Badmin%2Bcopy berita emas : Pergerakkan harga emas , Zain Saidin Hadiahkan Rozita Che Wan Gelang EMAS



[ contact me ]
admin www.emasmaster.com
add di https://www.facebook.com/emasmaster
SmS , Viber , WhatsApp : 0175750810
LIKE PAGE INI : http://www.facebook.com/EmasMasterPage
atau https://www.facebook.com/TeamEmasMaster
Twitter : www.twitter.com/emasmaster
Jom register GCP free http://www.gcp.com.my/?id=ad1689

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...