Sunday, 18 June 2023

Apa Perbezaan dan Persamaan Gold Bar dan Dinar

 DINAR VS GOLDBAR 

Sepanjang saya menjadi Dealer Emas, soalan yang selalu ditanya adalah “Apa beza Dinar dengan Jongkong Emas (Gold Bar). Di sini saya senaraikan apakah perbezaan dan persamaannya.

PERBEZAAN

1. Rupa Bentuk. 

Dinar mempunyai bentuk yang bulat atau berbentuk syiling. Sejak zaman Nabi Muhammad saw, Dinar telah digunakan sebagai mata wang Islam.

Goldbar berbentuk Segiempat.

2. Gandaan Berat

Dinar mempunyai gandaan berat yang mempunyai perpuluhan seperti berikut iaitu ½ Dinar = 2.125 gm, 1 Dinar = 4.25gm, 5 Dinar= 21.25gm dan 10 Dinar=42.5gm


Jongkong Emas pula dalam gandaan genap bermula 1 gm, 5gm, 10gm, 20gm, 50gm, 100gm, 250gm dan 1 kilo.

PERSAMAAN

1. Kualiti

Dinar dan Jongkong Emas mempunyai kualiti emas yang sama iaitu emas 999.9.

2. Harga

Harga emas pergram adalah sama.

3. Keuntungan

Kedua-duanya memberi keuntungan yang sama mengikut berat masing-masing.



Kesimpulannya, kedua-duanya Dinar dan Jongkong Emas ini adalah emas yang mempunyai kualiti yang sama iaitu emas 999.9 dan yang membezakannya adalah rupa bentuk.

Ada orang suka mengumpul koleksi Dinar dan ada yang suka koleksi Jongkong Emas. Ada juga yang suka kedua-duanya.🤗

Promosi Daftar Dealer ORODESIGN

Promosi Daftar Dealer
Emas OroDesign - Promosi Terhad!

View Katalog Emas ORODESIGN

 

View Katalog ORODESIGN dan WhatsApp 
    

untuk tempahan atau pertanyaan

No comments:

Post a Comment

Pengalaman di Homestay Sungai Petani - Seri Perdana

Pengalaman di Homestay Sungai Petani Suasana di Seri Perdana SP adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Terletak di tengah-tengah bandar Sunga...