Friday 7 July 2023

Ustaz Lariba : Penerangan BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS FIZIKAL

 BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS FIZIKAL?



Ya... emas fizikal mesti ada.

Tapi tak semestinya diterima dalam tangan tapi serahan mesti ada

Tidak semestinya anda mesti dapat serahan dalam tangan anda asalkan emas fizikal ada disimpan di mana-mana yang boleh disahkan atau diaudit.

Sebab itu dalam hukum pertukaran barangan ribawi seperti emas dan perak, terdapat dua jenis qabd (penyerahan), iaitu secara fizikal (hakiki) atau secara konstruktif (hukmi).

Kedua-dua cara serahan mesti ada emas fizikal. Yang berbeza adalah cara serahan.

Serahan secara fizikal (hakiki) ialah kita dapat pemilikan dalam tangan kita sendiri setelah kita bayar harga dalam majlis yang sama.

Serahan secara kontruktif (hukmi) pula ialah kita dapat pemilikan setelah kita bayar dalam majlis yang sama tetapi emas disimpan oleh orang yang menjual kepada kita atau oleh orang/syarikat yang diamanahkan dan disahkan oleh penasihat syariah atau auditor bertauliah.

Asalkan pemilik menanggung risiko kehilangan dalam simpanan dan boleh keluarkan bahagian emas miliknya pada bila-bila masa, serahan telah berlaku dan selesai. 

Penyimpan emas cara serahan konstruktif akan terima sijil sebagai bukti pemilikan/pembelian/serahan.

Kedua2nya ada emas fizikal tetapi cuma berbeza cara serahan.

Di samping itu, syarak juga membenarkan perkongsian pemilikan emas. Maksudnya lebih daripada seorang boleh memiliki emas yang sama. Ini membuka peluang untuk pembeli emas untuk memulakan simpanan emas dengan wang permulaan yang rendah, serendah RM10 (seperti Muamalat Gold-i).

Tetapi…

Apabila penyimpan emas hendak keluarkan atau ”withdraw” sebab nak simpan sendiri emas secara fizikal, jumlah yang hendak diwithdraw boleh ditetapkan berat minima supaya ia boleh di ”withdraw” secara fizikal dan tidak ”mencederakan” bahagian orang lain.

Oleh sebab emas 999 adalah harta jenis mithly atau "homogeneous” atau sama dengan emas 999 yang lain dan boleh diganti dengan yang sama (seperti wang kita hutang RM20, boleh dibayar dalam bentuk RM20 yang lain), maka pihak penyimpan (seperti bank) boleh berikan ketul emas yang lain yang bersamaan dengan berat yang kita nak "withdraw”.

Contohnya syarikat boleh tentukan berat minima bila kita nak "withdraw” seperti 2, 3 atau 5 gram atau lain2. Jika simpanan kita belum sampai ke jumlah minima untuk "withdraw", kita tidak dibenarkan "withdraw" secara fizikal, tapi kita boleh "withdraw" dalam bentuk persamaan harga emas semasa.

Sebab itu pentingnya syarikat yang buat perniagaan dan simpanan emas seperti ini ada penasihat syariah bertauliah yang mengaudit dan meluluskan proses-proses sebegini. Seperti mengesahkan simpanan emas itu benar-benar ada, mengesahkan proses qabd atau serahan itu berlaku secara lani atau secara on the spot dan samada qabd hakiki atau qabd hukmi.

Boleh ke kita percaya kepada penasihat syariah?

Jawab saya, kenapa tidak?

Jika kita percaya external auditor macam PWC, EY dan KPMG, mengapa kita tak percaya dengan penasihat syariah. 

Lainlah kalau ada cara scam jual emas, seperti bayar RM100 dapat 2 gram emas tapi emas mereka simpan dan tak ada penasihat syariah bertauliah. Atau beli emas 10 gram sebanyak RM1,500 tapi diberikan secara simpanan sebanyak 1 gram satu bulan.

Boleh rujuk ringkasan penerangan mengenai standard penjualan dan pemilikan emas yang dikeluarkan oleh AAOIFI yang beribu-pejabat di Bahrain seperti dalam carta-carta di bawah.

Atau rujuk klausa 3/5 muka surat 12 dokumen AAOIFI Shariah Standard No. 57, Gold and Its Trading Parameters in Shariah berkenaan perkongsian bersama emas di sini:

https://aaoifi.com/معيار-أيوفي-الشـرعي-رقم-٥٧-الذهب-وضواب-2/?lang=en 

Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.

Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.

Insya Allah...😁

Ustaz Lariba

DAFTAR PERCUMA QM GOLD ACC (GSA)

Klik di sini bit.ly/freeregisterqm

Whatapps Admin: https://wa.link/x4q5ja

Info lengkap dan mudah di Group Telegram : 

https://t.me/QMSharing



No comments:

Post a Comment

Boss Bank pun join Quantum Metal memang terbaik

 Jika boss RHB, Bank Muamalat Dan Affin Bank sendiri dah join QM, apa yg nak dikatakan lagi. Nak join? Tekan link ini untuk Pendaftaran Perc...